Insentif Shaklee BONUS 2023

SAYA NAK RUMAH SENDIRI

Dan Alhamdulillah, Allah hadirkan rumah cash tanpa hutang melalui bisnes shaklee.

Jujurnya, saya seorang yang tidak suka kepada hutang. Dari saya kecil, saya dibesarkan oleh ibu tunggal sekadar yang mampu. Rumah dibina kecik saja di tanah nenek, dan kami duduk dirumah tu bersama mak, Mak buat kuih, dan ada pergi ke kedai jahit, ambil upah jahit, tapi menjahit di kedai jahit orang.

Kami pun makan ala kadar saja seharian. Biasanya hanya berkuahkan budu atau kicap saja.

Selepas saya berkahwin, baru saya faham tentang komitmen rumah sewa, kereta dan sebagainya. Sebab waktu saya kecil, mak saya tak ada hutang. Kereta tak ada, motor tak ada. Hanya ada basikal. Elektrik dirumah pun kadang-kadang ada. tapi Kebanyakan masa bergelap juga sebab tak bayar elektrik.

Kalau sekarang ni, mungkin sangat berat jika kita tiada rumah sendiri. Sebab komitmen sewa bukannya sikit, dan risiko orang nak ambil balik rumah pun tetap tinggi. Kita akan hidup dalam keadaan tidak tenang. Asyik risau. Kan?

Jadi, saya meletakkan target, nak ada rumah sendiri yang bukannya rumah hutang. Nak tak nak, memang kena kumpulkan duit tunai.

MACAM MANA NAK DAPAT RUMAH CASH?

Saya anggarkan rumah yang saya nak buat tu dalam RM 200 000. Ini anggaran awal saya saja. Jadinya, saya kena menyimpan. Saya mula buat Shaklee pada tahun 2012. Dan setahun kemudian, pendapatan saya meningkat menghampiri 5 angka sebulan.

Saya dan suami rancang dan meletakkan target untuk menyimpan anggaran RM 3000 sebulan. Alhamdulillah. selepas 36 bulan kemudian , simpanan itu sudah cukup RM 150 000. (Ini hanyalah ilustrasi penceritaan saja, hakikat sebenar bukannya RM 3000 sebulan, kerana amaun sebenar adalah berubah ubah)

Dengan RM 150 000 yang sudah ada, saya terus panggil kontraktor, untuk design rumah dan terus memulakan projek. Maka, projek itu bermula pada hujung tahun 2015.

Namun, rumah itu rupanya hanya siap sehingga dinding, tanpa bumbung kerana jumlah duit sebanyak RM 150 000 memang tidak mencukupi. Dan kami juga hadapi kes tukang rumah buat hal, tukang lari, duit habis, tapi projek perlahan. Jadilah sebagai satu pengalaman buat kami. Maka, anggaran baru kami perlu tambah dalam RM 200 000 lagi.

Tidak dapat tidak, proses mencari duit untuk mencukupkan lagi RM 200 000 itu kembali bermula. Kerana simpanan kami sebelum ni sudah habis. Alhamdulillah, Shaklee banyak insentif shaklee malaysia membantu kita untuk dapat pendapatan.

Antara insentif yang terbaik adalah ‘BONUS KEPIMPINAN’ dan BONUS KERETA. Kedua-dua ini sangat memberi kesan kepada punca pengumpulan kami berjaya. Apakah itu bonus kepimpinan dan bonus kereta?

BONUS KEPIMPINAN, BONUS KERETA

Ramai sebenarnya yang salah anggap dengan shaklee. Mereka merasakan , jika kita berniaga shaklee, ia adalah bisnes yang akan mengkayakan orang atas, serta menindas orang bawah. Itulah kesilapan yang sering dimomokkan oleh orang lain.

Walhal bisnes Shaklee sangat adil dan memberi peluang kepada semua orang untuk naik ke atas tanpa menjatuhkan dan menindas orang lain. Bisnes Shaklee juga boleh dijalankan oleh semua golongan, termasuk yang tiada modal pada awal awal memulakan bisnes. Hanya yuran RM 35 ataupun boleh juga menjadi ahli secara percuma, memang teramat memudahkan semua orang.

Sebagai contoh: Ini adalah downline saya sendiri.

Dari kiri: Marsitah (guru) , Zaimah (guru),
Noriah (Surirumah)

Dalam masa yang sama, saya juga seorang downline kepada upline saya. Dan Alhamdulillah memang banyak dah yang saya terima dari Shaklee asbab Upline saya ajak menyertai bisnes ini. Alhamdulillah

Jika kita tengok kes founder yang menindas ejennya , iaitu HQ nya sendiri turut mempromosikan barang kepada pembeli dengan menurunkan harga yang tak masuk akal, sehingga stokis dan ejennya tidak mampu untuk bertahan kerana mereka ambil stok dengan HQ lebih tinggi harga berbanding harga jualan HQ kepada pembeli. Ini sangat menindas.

Tapi, HQ shaklee bukan begitu. HQ Shaklee hanya menyediakan produk, dan HQ tidak menjual kepada pembeli lain kecuali yang berdaftar ahli sahaja. Setiap ahli Shaklee membeli barang dengan harga yang sama , tidak kira pangkat apa. Dan setiap ahli Shaklee semuanya boleh berusaha untuk dapatkan bonus Shaklee walaupun tanpa mengambil stok barang untuk dibeli dan disimpan.

Lagi ramai yang kita bantu untuk dapat bonus besar dalam Shaklee, lagi banyak shaklee akan bagi penghargaan kepada kita.

Memang teruja sangat, Sebab Shaklee nak kita bantu ramai orang untuk dapat pendapatan.

Contoh bonus kepimpinan seorang leader shaklee.

KEGUNAAN BONUS SHAKLEE

Apabila kita mempunyai pendapatan yang lebih, maka berbagai perkara lain kita boleh selesaikan, dengan izin Allah. Seperti seorang downline saya, dia bina pagar rumah menggunakan duit bonus shaklee sahaja.

Ada leader kami yang gunakan duit bonus untuk bayar PTPTN sehingga selesai

Ada juga yang buat simpanan public gold guna bonus shaklee.

fb: Erina Nazirah (Sabah)

Dan kegunaan bonus shaklee juga digunakan sewaktu raya, bayar pengasuh anak, simpanan SSPN anak anak, balik kampung, bayar medical card, beri hadiah untuk ibu bapa, bayar yuran sekolah anak, tuisyen, bercuti, beli barang kemas, dan sebagainya.

Ia, duit bukan segalanya, cuma setiap nilai kebiasaannya datang bersama komitmen duit. Sebagai contoh untuk balik kampung dengan pantas naik flight, juga kena ada duit extra yang banyak supaya tak terjejas pendapatan hakiki kita.

Shaklee juga menawarkan UMRAH TRIP PERCUMA

Shaklee beri semua ni percuma.

Trip percuma merangkumi, tiket pergi dan balik, makanan, penginapan hotel vip, train madinah ke mekah, kain ihram, telekung, luggage.

Dan kita boleh bawa bersama sama, suami, isteri, anak, ibu ayah. Jadi kita boleh pergi umrah dengan tajaan shaklee. Alhamdulillah.

Insha allah tarikh nya 4 mei hingga 11 mei 2023.

Itu sahaja dulu untuk kali ini. Moga bermanfaat buat anda. Jika ada yang berminat untuk buat shaklee bersama sama saya, hanya klik link wasap ini ya

NAK BUAT SHAKLEE

Homestay ni pun muncul dengan bonus shaklee. Siapa yang datang kota bharu, boleh la menginap. Homestay Kota Bharu. Fully Aircond.

Hari raya 2023 kebas tangan

Aidilfitri 2023 sudah tiba. Sebulan berpuasa kali ini terasa pantas. Dan sangat mencabar juga dengan suhu yang agak tinggi. Tapi kita doakan segala amalan baik kita digandakan pahalanya oleh Allah subhanahuwataala.

Menu raya aidilfitri, Mee Teng. (abaikan cermin meja pecah)
sekeluarga bergambar bersama moyang anak anak. (Nenek saya)

Biasanya bila raya ni, kita memang akan banyak makan. Sebab open house sana sini kan. Rumah A, masa nasi arab, Rumah B masak rendang, Rumah c Ketupat , lemang, nasi impit dan macam macam lagi.

Beberapa hari selepas raya, mula ada yang kena angin kus kus, sakit urat, demam radang dan sebagainya. Puncanya adalah kerana makan pelbagai benda dalam sehari. Perut kita tak tahan dan akibatnya diri sendiri yang menanggung.

Tidak ketinggalan juga jarum dan angka penimbang makin menaik. Ini petanda kita membela lemak lebih, minum air manis banyak, kuih kuih manis manis juga antara penyebab kenaikan berat badan.

Masalahnya, nak turun balik tu, bila?

Jadi, nasihat saya, jangan tunggu berangka angka naik lagi. Sekarang kena usaha dah turunkan.

Untuk journey kurus saya, boleh baca disini juga. KURUS BERJAYA

NAK KURUS ATAU NAK SIHAT?

Ada orang, dia memang dah sedia kurus, tetapi, kurus bukan jaminan kita kekal sihat. Kebanyakan orang yang kurus, bacaan kolestrolnya agak tinggi. Tangan mula kebas kebas. Walaupun kurus, kita akan selalu pening, sebab kita tidak tahu kekurangan nutrien kita sendiri. Sebab kita rasa, kita kurus itu bermakna kita cukup nutrisi. Itu silap.

Ramai je orang kurus yang ada tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, migrain, gout, sakit sendi, kencing manis, dan lain lain.

Jadi, suppliment untuk anda yang kurus amalkan supaya kolestrol tidak tinggi/ kekal di tahap yang normal adalah minyak ikan omega guard. Ini adalah suppliment basic bagi kita semua amalkan tidak kira sakit atau tidak sakit, samada tua atau muda mahupun kanak kanak.

Pakcik ni tidak gemuk, tapi dia ada sakit sendi. Dia ambil oste dan omega

dan buat ibu ibu yang hamil pun, digalakkan mengambil omega 3 ini.

Untuk lelaki pulak, omega sangat bagus juga.

KEBAS TANGAN SELEPAS RAYA

Ramai yang bercerita hal yang sama. Iaitu tangan tangan kebas. Jadi ini adalah bantuan buat anda yang selalu kebas tangan

Saya nak share kelebihan set kebas Shaklee yang dapat membantu anda semua.

B-COMPLEX
▫️Kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12.
▫️Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12.
▫️B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap.

OMEGA GUARD
▫️Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf.
▫️Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah.
▫️Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

OSTEMATRIX
▫️Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
▫️Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.

Selain daripada itu gabungan set ini ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik.

Hari raya dengan shaklee, insha allah kita lebih sihat.

Berminat untuk dapatkan set kebas, boleh klik link saya
📲www.wassap.my/60145068306/setkebasraya

Bisnes Online Terbaik 2023 – Shaklee

Dalam dunia, menyaksikan industri bisnes yang ada berkembang, namun ada juga bisnes yang makin jatuh. Begitulah dunia bisnes. Orang memilih untuk menerima, dan jika sesuatu bisnes itu sudah sampai tahap patut berundur, maka perlahan lahan, bisnes itu akan mula menghilang.

Sebagai contoh: Surat Khabar, majalah, industri buku, sudah sangat terjejas. Penulis buku sudah mula mencari arah lain seperti Ebook, atau melibatkan diri dalam industri ‘training atau motivation”

Antara bisnes yang sudah ditelan zaman juga seperti ‘kodak filem untuk gambar, CD kaset, dan juga pendrive”.

Ternyata , setiap manusia ada keperluan yang sama, dan kehendak yang berbeza. Maka, ada penawaran perniagaan yang berasaskan produk keperluan, dan ada juga syarikat yang menawarkan perniagaan berdasarkan produk kehendak. Itu terpulang kepada syarikat tersebut untuk menentukan produk segment mereka.

Bagi Shaklee, dari dulu lagi, Shaklee bermotifkan 5 segmen utama yang tidak akan musnah. Iaitu

  • Health Wellness
  • Green (semulajadi, organik)
  • Home based
  • Beauty
  • Nutrition

Shaklee meliputi semua 5 segmen terbesar dan terkuat ini.

  1. Shaklee peneraju bisnes fleksibel, homebased atau work from home.

Seawal tahun 1956, bisnes shaklee telah dicipta secara sah dan berdaftar. Doktor Forest C Shaklee, iaitu pengasas company Shaklee ini telah mencipta satu perniagaan yang boleh dilaksanakan dimana- mana pun walaupun hanya dari rumah, BISNES ONLINE atau ketika sedang bercuti, ketika balik kampung, ketika jalan-jalan di pusat membeli belah, selepas program keramaian atau selepas solat dimasjid.

Ia sangat mudah dan menjimatkan, malahan bisnes sebegini mampu membantu individu yang menghadapi kekangan untuk keluar bekerja kerana menjaga ibu yang sakit, ada anak yang istimewa dan perlu penjagaan rapi, ataupun kerana keadaan lokaliti yang tidak mengizinkan. Mungkin suami dan isteri dalam sesebuah keluarga sudah memutuskan untuk si isteri tidak bekerja dan fokus kepada anak-anak.

Betul, sekarang kos hidup sangat tinggi. Jika ibu bapa memiliki lebih dari dua orang anak yang bersekolah, maka sudah tentu sangat tinggi kosnya jika ibu bapa perlu membayar khidmat van sekolah. Kerana setiap sesi persekolaha harian kadang-kadang pagi, petang dan ada juga malam. Mungkin juga ada anak yang aktif bersukan di hari minggu atau tuisyen yang memerlukan hantar dan ambil setiap pagi, petang atau malam.

Dalam masa yang sama, keluarga tersebut masih memerlukan pendapatan yang lebih kerana faktor faktor persediaan kesihatan, pelajaran, simpanan, kecemasan, maintance kereta dan rumah dan lain-lain.

Tahun 1956 itu, Malaysia masih dalam fasa menuntut kemerdekaan, dan ketika itu masih belum ada sokongan perniagaan semudah ini. Tapi shaklee sudah membina struktur perniagaan yang berasaskan Perniagaan fleksible ini yang cemerlang. Walau hanya di rumah, tapi perniagaan ini tetap boleh berkembang laju sebab ia berunsurkan “cawangan mudah berkembang” ditambah dengan sokongan perniagaan TANPA MODAL.

Ia bukan sekadar dilaksanakan oleh surirumah sahaja, malahan ramai juga individu yang sudah bekerja tetapi mereka mahukan pendapatan tambahan juga menjalankan perniagaan ini, dan lebih menakjubkan pendapatan sampingan mereka ini melebihi pendapatan dari kerja hakiki mereka. Hanya mereka laksanakan dari rumah selepas balik dari kerja.

2. Shaklee – Perniagaan produk nutrisi pertama dunia

Pada tahun 1925, Doktor Shaklee sudah mencipta satu bahan makanan tambahan berasaskan herba yang dinamakan vitalized mineral. Doktor Shaklee mencipta produk tersebut sebagai langkah usaha untuk memusnahkan kanser yang dihidapi oleh beliau kerana terdedah radiasi sewaktu menjalankan sinar Xray kepada pesakitnya.

Vitalized mineral adalah suppliment nutrition organik pertama dunia yang digunakan oleh pengasas Shaklee , dan akhirnya beliau sembuh dari kanser.

Sehingga sekarang bermakna sudah lebih 100 tahun Shaklee di dunia. Dan makin berkembang sehingga ke generasi baru menggunakan Shaklee. Bukan hanya yang pertama, malahan produk ini sangat inovati untuk dipelopori oleh saintis yang mengeluarkan banyak jurnal kajian di medan akademik.

Gambar suami saya di Innovation Center California USA

Kerana inilah, Shaklee menerima anugerah Trusted Brand.

3. Shaklee – memasuki segmen kecantikan.

Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Dan segmen kecantikan adalah salah satu gerbang yang sangat besar. Kerana itu jugalah muncul produk-produk viral, timbang kilo yang berbahaya tetapi amat laris, kerana wanita memang ingin kepada kecantikan.

Shaklee menghadirkan produk organik mesra untuk kecantikan kulit yang sihat dan selamat. Terbukti kajian dan sudah dipatenkan sebagai bukti terbaiknya bahan yang digunakan oleh shaklee. Wanita amat penting untuk kemandirian manusia. Jadi, wanita perlu sangat sihat , cantik dan bertenaga.

4. Shaklee – Organik, Green, Semulajadi

Ini adalah trademark yang sangat dikenali ramai. Shaklee ini menfokuskan kepada produk semulajadi dan organik serta sangat menyumbang kepada perancangan mempertahankan bumi hijau. Shaklee berusaha juga untuk menjadi ajen menyelamatkan bumi dari pencemaran chemical berbahaya. Oleh sebab itu, shaklee mencipta plastik, botol, dan bahan kajian produk yang mesra alam, tidak bertoksid dan mencemarkan alam.

Istilah biodegradable adalah pertama dalam dunia diperkenalkan oleh Shaklee melalui cecair pencuci Basic H, iaitu pada tahun 1956. Ia sangat mesra alam kerana diperbuat dari kelapa dan tidak berbahaya. Krim serbaguna shaklee pun mesra dengan bahan dari ekstak tumbuh-tumbuhan

Jadi, shaklee memang antara peneraju 5 gerbang bisnes ini. Semua sekali ada di dalam shaklee.

5. Shaklee- Segmen Health & wellness

Dunia memang sangat menekankan segmen ini. Jika tahun 2022 sehingga tahun 2023, Malaysia diserang dengan aktiviti sihat seperti intermittent fasting dan senaman serta pelbagai nama diet untuk kurus dan sihat.

Shaklee tidak terketepi dalam dipilih oleh mereka untuk sihat dan cergas. Kerana segmen ini adalah segmen utama shaklee. Iaitu mempelopori minuman protein yang organik, Non-Gmo, tiada gluten dan pengawet tambahan. Minuman begini sangat popular dalam masyarakat malaysia.

Malaysia antara negara yang tinggi peratus penyakit kencing manis. Jadi, sememangnya, ramai orang muda sekarang mahu mengubah menjadi lebih baik dengan menerima baik Shaklee sebagai syarikat yang menawarkan bisnes dan produk berdasarkan kesihatan.

Dengan sebab itulah, ramai yang menjebakkan diri dalam perniagaan shaklee juga, kerana dengan kesihatan yang diperlukan, mereke boleh menerima pendapatan dari shaklee untuk meneruskan menggunakan produk terbaik dunia.

Shaklee menawakan pendapatan yang sangat menarik. Dan sudah ramai yang sudah membina kerjaya dan kesihatan serta kesejahteraan keaktifan bersama komuniti dan sihat mental, kerana menerima kesan dari matlamat dan objektif syarikat shaklee sendiri.

Segmen yang lifetime sangat perlu dititikberatkan supaya, bisnes ini tidak hilang dimakan masa. Sehingga tahun 2023, makin ramai anak anak generasi baru mengenali shaklee dan menggunakan produk ini. Maka, ianya akan berlangsung lagi lifetime selagi ada generasi baru yang menggunakannya.

NextlevelBlogging

Shakleetriumph2023

shakleethrive2023

BisnesOnlineTerbaikMalaysia

KULIT BERJERAWAT DI USIA 20-an

Pernah tak anda terbayangkan seorang pelayan kedai datang ke meja kita dan menawarkan menu dengan kulit wajahnya yang berjerawat , bernanah atau berminyak teruk? Rasanya anda pasti kurang berselera untuk meneruskan makan.

Pernah tak anda melalui situasi pergi ke pejabat kerajaan, dan staf barisan hadapan berdepan dengan anda dengan wajah yang breakout? Rasanya beliau sangat kurang selesa untuk berdepan dengan orang yang selalu datang berurusan. Mungkin juga tahap konfiden beliau sangat rendah dan mungkin juga sangat stress untuk ke tempat kerja setiap hari.

Seorang guru yang mengajar, juga akan tertekan jika kulit wajahnya sangat tidak sihat.

Peniaga yang COD makanan juga akan kurang mendapat tempat untuk menjadi seller pilihan jika kulit terlalu tidak sihat. Walaupun ia tidak menjejaskan rasa sesuatu makanan yang dijual, namun, akan ada ketidak selesaan disitu.

KENAPA KULIT BERJERAWAT?

Setiap peringkat umur akan melalui masalah kulit yang berbeza beza.

Anda yang berumur 20-an biasanya mengalami masalah Kulit berminyak dan berjerawat yang lebih berbanding remaja belasan tahun. Di umurn ini, jerawat bukan bercirikan jerawat pasir seperti anda remaja dulu.Kebiasaannya di umur ini, kehadiran jerawat bernanah yang berleluasa adalah akibat stress. Mungkin kerana di umur ini, kita sedang memulai kehidupan kita sendiri.

Permulaan hidup yang agak sibuk, dan kita baru saja mulai melalui sesuatu yang baru , bertemu orang orang yang pelbagai watak di tempat kerja, semangat kerja yang lebih , membuat kerja lebih masa dan kurang memikirkan diet pemakanan yang baik.

CARA MENGATASI KULIT BERJERAWAT DI UMUR 20-an dan 30-an

1 Kurangkan penggunaan pencuci muka yang berph tinggi dan tidak organik.

Kerana, kulit kita stress jika kita kerap menggunakan bahan-bahan yang tidak mesra kulit, ataupun sejenis yang memaksa kulit. Maka, kulit yang stress akan menimbulkan masalah. Dan kita sendiri yang kena menghadapi hal kulit bermasalah itu. Jadi, saranannya, carilah perawatan wajah yang organik.

2. Menambahkan nutrien yang diperlukan kulit dalam diet harian.

Iaitu dengan menggunakan minum protein yang kaya asid amino, dan juga menggunakan vitamin kulit iaitu vitamin c sebagai pembentuk blok kolagen dan imuniti kulit. Kulit akan lebih bertumbuh dengan baik dan segar.

TESTIMONI SHAKLEE KULIT

Ini testimoni shaklee kulit cantik latest yang diterima pada April 2023. Adik ini menggunakan Vitamin c dan Esp untuk kulitnya yang berjerawat. Sekarang sudah sangat konfiden untuk berdepan dengan orang lain

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2023.

Harga yang sangat murah DISKAUN 65% rugi untuk anda lepaskan.

Segera wasap saya ya Nini

http://www.wasap.my/60145068306/shakleekulitrahmah

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

3 keburukan INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

Intermittent fasting sangat populer kebelakangan ini. Intermittent fasting ini rasanya makin menjadi pilihan ramai sejak tahun 2021 hingga memasuk tahun 2023. Ini sebab saya mula terjebak buat IF dalam jangka waktu ini.

Saya terjoin buat IF kerana mudah berpuasa tapi boleh minum air. mindset mula memudahkan puasa muncul dengan praktikal IF ini.

Betul kan, semua perkara jika di perlebih lebihkan, pasti akan mudarat dan tidak bagus. Mungkin akan muncul taksub atau menghakis keyakinan terhadap bagusnya puasa sunat isnin dan khamis, dan juga puasa hari putih dan selainnya.

Dan, pengamal IF juga ramai yang tidak tahu apa keburukan intermittent fasting. Sebab biasanya kita hanya ditunjukkan yang baik baik saja

Apakah yang bahaya tentang intermittent fasting?

1) Autophagy yang menyiksakan

Sebenarnya, matlamat IF adalah mencapai autophagy, iaitu satu proses dimana gula dan lemak simpanan akan memakan diri nya untuk digunakan menjadi tenaga.

Dan jika diikutkan pengamalan sebenar sehingga mencapai autophagy “baru bermula” adalah apabila kita berpuasa IF selama 18-20 jam. Ketika itulah “baru” autophagy dicapai. Untuk kuasa autophagy sebenar adalah selama 72 jam tanpa makanan. Makanya, sangat menyiksakan , kerana hanya minum air dalam masa 72 jam untuk mencapai autophagy. Dan biasanya orang buat IF ni dia tidak on off. Kerana dia akan teruskan berbulan bulan untuk badan bertindak balas dengan baik. Makanya, sangat tidak bagus jika badan kita dipaksa untuk begini dalam jangka masa panjang.

2) Kurang nutrisi

Matlamat IF ini adalah untuk mencapai tahap autophagy, iaitu fat burning tanpa senaman. Dan cara ini rasanya sangat mudah kerana kita masih boleh minum air ketika terasa lapar. Ia dipanggil wet fasting yang diasaskan oleh Dr Berg.

Dengan panjangnya masa tanpa makanan, memang badan akan cepat kurus. Akan tetapi, ia berkurangan sama dengan nutrisi badan. Sebab itulah, apabila ada yang buat IF , ada masalah kulit kering, rambut gugur, dan kebas kebas.

Manusia perlukan nutrien dari makanan. Jadi jika kita buat IF , sepatutnya kita ada bantu badan kita dengan suppliment untuk melengkapkan nutrien badan yang diperlukan.

Sebab itulah, rata rata yang merutinkan diri dengan IF tanpa suppliment support, kulitnya agak menjadi kendur. Ini secara kajiannya adalah kerana autophagy mengurangkan paras collagen dalam badan kita.

kelas dengan Prof Dr Redza Rahman (Redza Benjamin) tentang kehilangan kolagen akibat INTERMITTENT FASTING (Autophagy)

Disebabkan kehilangan kolagen inilah, ramai yang ada masalah seperti yang disebutkan tadi iaitu masalah kulit kering, rambut gugur, dan kebas kebas, kulit kendur.

3) Melupakan sunnah puasa sebenar

Secara peribadi saya sendiri, akhirnya mula hanyut ditelan keasyikan IF cara barat sehingga automatik seolahnya terlupa dengan Dry Fast yang dianjurkan oleh Islam dipandu Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya, kajian menunjukkan, autophagy secara dry fast lebih cepat diperoleh iaitu dalam puasa 14 jam. Sama seperti kita berpuasa sebenar, iaitu bermula subuh sehingga maghrib. Tanpa makan dan minum.

Signal perut, otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita puasa secara penuh seharian tanpa air dan makanan.

Dan kita akan mencapai tahap autophagy dengan lebih pantas tanpa menyiksa badan tidak ada makanan melebihi 20 jam.

Dan dengan 14 jam ini, kita akan kurang kehilangan nutrisi kerana jarak 14 jam masih sesuai untuk manusia.

Cuma untuk autophagy yang lebih tinggi sama seperti orang puasa tanpa makan selama 72 jam adalah dengan menambahkan 4 jenis suppliment ini.

suppliment ini mampu aktifkan kuasa autophagy di jam ke 14 kita berpuasa penuh seperti orang islam (tanpa makan dan minum)

Prof Redza sendiri menyarankan untuk kita gunakan nutrien resveratrol sebagai suppliment terbaik. Dan bahan itu ada didalam produk shaklee

ambil dua produk ini untuk mencapai autophagy dengan pantas tanpa kehilangan nutrien dan kolagen dalam badan

Maka, dengan support ini, pengamal puasa sunnah ini akan lebih sihat tanpa mengikuti IF barat yang menyeksakan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Saya Manulis dengan ilmu menuntut dengan dr redza , alhamdulillah.

Saya hadir program ini
Saya buat IF dibantu suppliment shaklee. Alhamdulillah. Lepas ini saya akan berpuasa sunnah pula. Kita follow idola kita Rasulullah.

Saya Master Shaklee, 12 tahun makan shaklee. Alhamdulillah.

Nini Nisrin Muhammad (klik ni untuk direct wasap saya ya)

http://www.wasap.my/60145067306/nakIFSHAKLEE

7 sebab kenapa suppliment shaklee terbaik

7 sebab kenapa suppliment shaklee terbaik

Ramai sebenarnya yang tak percaya Shaklee tu produk selamat, sebab tak dijual di watson dan guardian. Orang sekarang memang terbaik sebab bukan membuta tuli nak ambil produk. Ramai yang dah mula sedar bahayanya produk yang tidak selamat.

Saya ingin kongsikan 7 sebab kenapa saya menjadikan shaklee sebagai suppliment terbaik

Sebelum pergi point pertama, saya nak tunjuk result saya amal set kurus shaklee.

68 kg VS 55 kg

1) Shaklee Di Farmasi/Drugstore

Saya nak perjelaskan, Produk Shaklee di Malaysia ni diregister dibawah sebagai syarikat jualan lansung, sebab itulah dia tak boleh dijual di kedai kedai fizikal termasuk farmasi dan drugstore lain.

Kalau nak tengok bukti, di Singapura, produk Shaklee ada di drugstore dan juga farmasi tapi harganya memang mahal. Sebab tu, ramai orang singapura membeli dari SID Malaysia kerana di Malaysia harganya sangat murah.

Ini shaklee drugstore singapore

2) Selamat dan Berdaftar

Masukkan je nama shaklee di bahagian link ni NPRA (sistem pendaftaran produk dan perlesenan malaysia) , anda akan jumpa produk shaklee yang berdaftar.

Kategori pendaftaran juga ada 4 :

N/NC – Nutrients Supplements

T / TC – Traditional Products

A – Ubat Terkawal

X – Ubat bukan racun (OTC)

Kat mana shaklee bahaya? Shaklee didaftarkan sebagai Nutrients Supplements (Kod NC)

Contoh:

MAL 13085068 NC

(Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus)

dan ada semua dalam list dibawah ini. Boleh buat search di link yang saya sediakan.

Ni antaranya

3) Dibenarkan oleh Doktor Pakar

Saya sendiri amalkan shaklee dah lama. Dari 2012 lagi. Dan saya guna set hamil shaklee dari kehamilan kedua.

Ada je Shaklee ditulis dalam buku pink ni. Sebab saya memang update pada doktor saya guna shaklee set hamil

Saya buat check up juga dengan Doktor Pakar, dan doktor pakar saya sendiri pun setuju je saya teruskan shaklee dalam set kehamilan.

Ada yang cakap, Doktor itu dan doktor ini tak bagi guna shaklee sebab shaklee produk sampah. Tapi, terfikir tak kenapa ada ramai doktor yang bersetuju dengan shaklee ni? Dan saya jumpa sendiri doktor tersebut. Bukan doktor biasa, doktor pakar perbidanan di hospital.

Jadi, dimanakah sebenarnya sampahnya? Fikir la sendiri ya.

Ni lagi satu , baru je saya join program dengan beliau semalam, Prof Redza seorang saintis yang menjalankan kajian dan tahu tentang jurnal jurnal, Beliau pun sangat setuju Shaklee itu bagus dan Shaklee tidak bahaya. Dan beliau sendiri ceritakan resveratrol dalam vivix shaklee itu terbaik dan ada dalam jurnal jurnal hebat. Nanti saya akan link kan tulisan tentang saintis ini.

Prof redza ni seorang saintis

4) Atlit dunia guna shaklee

Pernah ada yang cakap kat saya Shaklee ada dadah, dan ada steroid. Tergelak saya. Dimanakah penemuan yang dikhabarkan itu, saya pun tidak pasti.

Buktinya, atlit atlit dunia juga menggunakan shaklee. Termasuk juga atlit malaysia. Dan mereka bukannya ditaja shaklee.

Ini contoh atlit malaysia guna shaklee.

5) Angkasawan guna shaklee

Tahun 2016, saya berkesempatan untuk ke Orlando, Dan bertemu sendiri dengan angkasawan kembar ini. Mereka berdua ada membuat kajian di ISS tentang jam. Menteri besar Terengganu ada menulis tentang penemuan dua angkasawan kembar ini tentang masa di angkasa.

Angkasawan ini menggunakan shaklee selama mereka di angkasa. Dan memang kesannya di kongsikan sendiri di live program tersebut.

Jadi, ini pun penguat kenapa produk shaklee itu bagus. Bahaya ke produk shaklee? Angkasawan pun makan shaklee kan.

6) Kajian Shaklee dari Profesor

Ada satu kajian hebat yang ditemukan oleh barisan professors dalam panel yang mengkaji data tanpa pengetahuan pihak company Shaklee sendiri.

Kajian ni dibarisi conducted by University of California Berkeley, dan ketua kajian ini adalah pemenang nobel in medicine. Bukan sebarangan orang lah beliau ni.

Setelah kajian ini siap, Shaklee request peer review supaya kajian ini tak dapat diragui. Nak tahu ke hasil kajian tu? Kajian ini adalah published results. Kajian ke atas manusia sendiri. Saya alan link kan nanti ya.

7) Founder Shaklee adalah seorang Doktor

Dia pernah bercerita, kenapa dia sangat suka berkongsi tentang kesihatan. Dan Doktor Shaklee menjawab “it began with my birth..”

Dia di lahirkn dgn diagnos penyakit Tibi, dari bayi sudah ada sakit TIBI. Dan dia seorang survivor kerana hidup dijaga rapi dengan khasiat herba herba di ladang. Beliau menjadi doktor Chiropractic dan menjalankan aktiviti SINAR-X kepada pesakitnya dengan tanpa perlindungan.

Ketika tu, belum diketahui lagi sinar X Itu bahaya. Maka, pasa umur awal 20-an , dia di diagnos penyakit kanser kerana byk terdedah dgn radiasi SINAR X.

Waktu tu dia sepatutnye di potong anggota tubuh untuk mengelakkan serangan kanser merebak. Tapi dia tidak mahu dan dia memilih untuk rawatan secara semula jadi.

Ia kembali ke kampungnye di Iowa utk mencari bahan semulajadi dan dia yakin dalam alam semulajadi ini pastinya ada penawar.

Beliau habiskan masa selama 3 tahun untuk membuat ujian dan kajian ke atas dirinye sendiri.

” I listen to the voice of nature”. Ni sebab dia bukan islam la kan. Kalau kita, islam percaya itu kuasa Allah yang menyediakan segalanya buat manusia.

Pada tahun 1915 beliau mgeluarkn multivitamin pertama di dunia di namakn Vitalized Mineral dan melalui itulah dia sembuh kanser dan meneruskan aktiviti untuk membantu orang untuk sihat.

Ini adalah sejarah dan fakta. Hari ini, shaklee adalah sebuah syarikat besar yang di senarai di bursa saham NYSE dan bursa saham Tokyo.

Ia menjadi rujukan kepada industri food supplements di US. Tidak hairan kenapa NASA mengambil supplement dari shaklee untuk angkasawan mereka dalam setiap misi mereka.

RUMUSAN

Banyak lagi sebab yang membuatkan saya ambil dan guna shaklee jangka masa 11 tahun ini. Antaranya : kesan penggunaan terhadap diri sendiri yang sangat menakjubkan. Testimoni sendiri ni, saya akan sharing nanti. Kita paste link disini nanti ya.

Terima kasih membaca. Dan saya mengajak anda untuk cuba shaklee. Jangan risau ya. Insha allah shaklee amat selamat.

Master Nini Nisrin

#shakleekotabharu

http://www.wasap.my/60145068306/nakshaklee

Hubungi saya ya. Ramai ejen seluruh malaysia dibawah rangkaian saya.

#ShakleeHistory

Cara pembelian Shaklee Tahun 2023

Cara pembelian Shaklee

Untuk membuat pembelian shaklee tahun 2023, secara terus melalui web , sangat senang dan mudah.

Panduan cara pembelian shaklee:

  1. Masuk ke WEB OFFICIAL SHAKLEE ini https://www.shaklee.com.my
  2. Klik Shop, atau klik terus link ini https://www.shaklee.com.my/products/all
  3. Anda perlu klik pada produk yang ingin dibeli dan klik JOIN NOW . Atau hanya terus klik ni https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=882017
  4. Jika ada apa apa pertanyaan untuk membuat belian shaklee, anda boleh saja terus menghubungi saya di wasap link ini http://www.wasap.my/60145068306/nakbelishaklee
  5. Insha allah, saya akan bantu sebaik yang boleh

Ini adalah wajah website shaklee untuk pembelian produk shaklee.

Saya sudah 12 tahun berdaftar dengan Shaklee Malaysia. Dan sekarang memegang pangkat Master Shaklee

Master Nini Nisrin Muhammad

#BlogMega Shaklee #Shakleethrive2023 #Shakleetriumph2023

TIPS SEMBUH SLIP DISC

2 TIPS SEMBUH SLIP DISC

1. Penjagaan postur (Senaman, berjalan, bergerak, mengangkat)

– Saya akan sambung next entry untuk bahagian senaman.

2. Pemakanan

PENGALAMAN SLIP DISC

Tahun 2015, saya melahirkan anak dengan komplikasi bayi lekat bahu. Cemas!

Doktor menjerit! STOP PUSH!!! mama STOP PUSH!!!

Rupanya bahu baby tak keluar dengan elok. Boleh patah bahu baby kalau paksa keluar. Bayangkan betapa sakitnya kita apabila terpaksa stop push dalam keadaan sedang contraction!

PROSES KELUARKAN BABY

Pasukan doktor, kepak kaki dah macam straight orang gymnas boleh buat tu ha!! Kerana itu saja caranya. Maka selepas hari itu, saya menderitai slip disc

Ini result

RISIKO PESAKIT SLIP DISC

Kalau slip disc ini tidak sembuh, para wanita amat berisiko apabila mengandung dan bersalin untuk kali seterusnya. Sebab:

1. Kalau bersalin ceaser, doktor tidak boleh buat suntikan bius separuh. Doktor perlu bius sepenuhnya dan amat berisiko bagi ibu bersalin kerana kemungkinan bloated (darah naik keatas)

2. Tekanan kepada tulang belakang sewaktu mengandung akan merisikokan lumpuh

3. Ketika nak bersalin normal, slip disc boleh menjadi lebih teruk dan menekan saraf saraf.

Sebab itulah saya mahu kongsikan TIPS SEMBUH SLIP DISC ini supaya ramai boleh usaha untuk sembuh.

KHABAR BAIK BUAT PESAKIT SLIP DISC

1. Buat senaman berasaskan backpain.

Banyak di Youtube. Nanti saya sambung untuk info senaman back pain.

2. Suppliment

Saya melihat juga kajian yang dibuat oleh researcher berkaitan nutrien Resveratrol untuk fungsi sel dan saraf. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2905225/

Research ini juga menyatakan resveratrol bagus untuk reduce back pain. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5228059/

Saya mengamalkan VIVIX SHAKLEE, kerana saya yakin dan percaya ingredient nya sangat tinggi nutrien.

Sebab itulah saya percaya, saya amalkan VIVIX shaklee kerana kaya dengan resveratrol
High antioksidan juga ada dalam muscadine yang menjadi ingredient utama vivix shaklee
Terlalu besar rahmat Allah dalam sebijik muscadine grape untuk kita sihat

KESAN SELEPAS VIVIX pesakit slip disc

Saya mengandung tahun 2021 dan sangat aktif alhamdulillah
Saya hiking
Saya main badminton, sukan kesukaan.
Dan saya ada baby baru pada tahun 2022. Selepas 7 tahun saya delay sebab saya slip disc.

Alhamdulillah pregnant di umur 37 tahun sebagai bekas pesakit slip disc, teramat mengujakan saya sendiri.

Insha allah. Saya tidak menjanjikan bulan bintang untuk anda pesakit slip disc. Tapi saya percaya, semua anda nak sihat sama seperti saya nak sihat.

Tidak salah untuk kita mencuba sesuatu seperti vivix ini. Dan jadikan sebagai ikhtiar kita. Sudah nyata, vivix mempunyai gabungan ingredient yang terbaik.

Segera contact saya jika nak saya guide untuk slip disc

http://www.wasap.my/60145068306/vivixslipdisc

BOLEH KE TURUN BERAT KETIKA MENGANDUNG?

Saya memiliki berat 66-68 kg tu sebelum saya pregnant.


Bila saya pregnant 3 bulan, berat saya turun sikit , akibat tak lalu makan dalam 3 bulan morning sickness. Jadi berat masa tu 67.7 kg waktu buka buku pink

Kebiasaannya, saya lepas 4 bulan memang akan naik dan naik mendadak sebab, dah mula selera makan. Pastu , kita terikut orang kata, tak apa, makan untuk 2 orang. Haaaa jenuh!!

Akhirnya berat naik mencecah 12-18kg kenaikan sepanjang mengandung.

Cuma, waktu tu starting berat bukannya 68 kg ni weh. Dulu starting dengan 56 kg macam tu jelah. Ni kira berat 9 bulan dah kalau mengandung dulu. Preggy iman dulu, last berat 63kg saja. Tapi kali ni starting pun dah 68 kg. 🤣

Korang bayangkanlah, starting 68 kg. Kalau naik
15 kg, dah jadi 83 kg. Aduhaiii. GDM pun jenuh jugakkk

Bila saya search di FB DAN GOOGLE, Ramai yang buat gini bila kena GDM. Ini mengelat namanya. Kalau jadi apa apa, kita juga la yang menyesal. Ye tak?

Bahaya sangat buat begini ya mak mak
kita tak nak kita menyesal sebab kita pandai pandai buat benda yang tak bagus
Inilah saya awal awal preggy. Dah la berat badan tu tinggi, pastu ada pulak GDM atas pagar.
Waktu ni, saya terlalu berselera makan. Semua aku ngap 🤣, balas dendam beberapa minggu duk uwek uwek tak leh buat apa tu. Tapiiii akhirnya, GDM oiiii

APA YANG SAYA BUAT BILA JADI GINI?

1. Kategorikan makanan kepada haram (jangan sentuh langsung) , makanan yang makan sikit dan makanan yang boleh dimakan banyak. Nanti saya cerita makanan apa kah yg boleh dan tak boleh

ini list yang Dr Pakar Kpj bagi pada saya. Dan saya follow betul2.

Elakkan semua yg ada gula (air , kuih, susu, madu, kaya, aiskrim, jeli jeli, buah buahan manis, biskut, dan semua yang manis.)
Ini kita kena ikut sukatan dan time makan. Kalau dah ambik yg listed ni, tak boleh makan berat lain dah la.

Untuk waktu makan dan kuantiti, saya buat IF (intermittent fasting 12 jam dan makan gaya keto. Lemak boleh makan, asalkan karbo tu kurangkan)

2. Senaman ringan seperti jalan kaki kat taman, treadmill, jalan atas pasir pantai, mop lantai. Buat ringkas2 saja. Cuma saya hari tu, sebab bertenaga betul, saya main memanah juge 🤣.

3. Makan suppliment

So, saya pun memulakan HELLO NEW YOU cara preggy mom 😍 Dan di monitor oleh Doktor Pakar Kpj perdana Kota Bharu.

Doktor tu sendiri teruja tgk penurunan berat badan saya. Saya buat IF 12:12 dan cut sugar. Yang penting, kita tak miss ESP, oste, Vitamin c , bcomplex dan vitalea iron utk nutrien. Sebab bahaya kalau kita kurang nutrisi. Tapi dalam masa yang sama , BAHAYA JUGA ADA GDM. So nak tak nak, memang kita kena ambil suppliment ni supaya sihat. Jangan menyesal dengan kedua dua keadaan yang kita susah nak kawal.

Sebenarnya saya bukan fokus turunkan berat. Tapi saya cut gula. Bila gula dicut, rupanya, ia bersekali dengan turun berat badan. Sebab lemak lemak yang ada rupanya hasil dari karbo dan gula yang kita makan.

RESULT saya

HBA1c semakin baik!!! Ya Allah! Serius ni tau!!!

Sampai Doktor pakar pun terkeju. Dia kata “bagus ibu buat”. Doktor suka sangat kalau patient ikut cakap.

Alhamdulillah, berat pun dah turun jadi 63kg walaupun pregnant makin bertambah bulan.

hahahahaaa. Ini lah sehari sebelum beranak. Selepas bercakap sini, esoknya beranak dah.
taraaa. Anak dah nak masuk setahun lagi beberapa hari. Ini lah berat mama 55kg

ufitprogram gaya #FBM

So berbalik kepada “boleh ke turun berat ketika mengandung?”

Jawapannya: Boleh aje. Asalkan kita tahu kita buat apa. Kalau memang kita cut gula confirm akan turun berat. Dan kita monitor selalu dgn doktor. Saya biasanya sebulan sekali dgn doktor pakar KPJ. Dan Doktor sendiri nyatakan “tak bahaya, cuma kita kena tahu apa kita buat”

Kalau tak buat apa apa , tiba tiba turun, itu yang kena dirisau. okeh! 🥰

Jom sapa nak buat , tak kisah lah pregnant ke tak pregnant ke. Sebab kita ada grup dan team consult. Pasti boleh kurus. Yang penting, tak stress pilih makanan. Sebab semua boleh makan 🤣

ni nombor contact saya. segera tau! Promo banyak untuk orang nak kurus kali ni

http://www.wasap.my/60145068306/ufitprogramgayaFBM

PERGI HONGKONG 2 Hari saja. KERJA gila-gila suami isteri ini. Rupanyaaa….

Kononnya nak bagi hadiah befday. Husband ajak isteri dia pergi HONGKONG. Mula tu tak percaya pun. Mesti main main saja kan. Aku punya plan benda lain.

.

Aku plan nak pergi jalan-jalan di Perlis untuk beberapa hari. Last-last, husband betul betul tunjuk tiket nak ke Hongkong. Dia kata, dah beli tiket lama dh. RM600 untuk 2 orang tiket flight pergi dan balik. Fuhhh.

.

Rasa agak gembira jugak la, sebab boleh jalan-jalan di HONG KONG kan. Aku pun tak tahu apa pasal plan dia tiba-tiba nak ke Hong Kong.

.

Tapi, Rupenyaaa….Dia nak pergi tengok bola weiii. HONG KONG VS MALAYSIA. Adoi la. Penat aku ikut. 🤧🤧

Aku punya la ingat nak pergi bawak aku jalan-jalan. Tapi tak pelah. Dah beli tiket kan. Takkan tak pergi pulak. So bertolak lah kami hari tu. Syok jugak la trip short vacation macam ni. Walau terkejar kejar dengan trip ni. Rasa romantik pulak berkejar bas dan keretapi sebab hampir kena tinggal. Haha.

.

Naik Air Asia. Rasanya dalam 6 jam atas udara.

Disebabkan aku ni orang bisnes, aku rasa membazir saja masa saja duduk dalam flight tapi tak buat apa apa. Dah la tak boleh nak on internet kan. Takkan nak tidur saja.

.

Jadi, aku memang plan awal-awal, aku akan bawak buku nota, buku bacaan. Membaca dan terus buat nota. Best juga. Sebab jarang sangat boleh dapat masa membaca dengan baik dan rileks sekarang ni. Kan. Terganggu denga internet. Haha

Selesai baca buku ni, aku buat draft untuk team bisnes aku pulak. Apa plan aku untuk diorang. Target dan apa tajuk yang aku boleh mengajar nanti.

.

Kena buat list supaya tak terlupa. Bisnes ni kita punya komitmen. Kalau hari-hari kita boleh bangun pergi kerja, macam tu lah juga kita beh buat terbaik untuk bisnes kita kan. Kebun kita masa depan nanti.

.

Ok habis membebel. Haha. Sikit sikit boleh la kan. Banyak-banyak nanti, boring korek telinga pulak. Haha

.

HARI pertama Di HK

bila berjalan ke tempat orang, best kalau kita boleh dengar sejarah cerita tempat tu kan. baru real. hehe.

.

Bab sejarah ni, aku suka tanya husband. Aku hairan kenapa orang boleh ingat sejarah. Sebab aku terlalu blur dengan sejarah. Haha. SPM aku dapat A Sejarah. Tak tahu macam mana boleh dapat A. Haha

.

Hong kong ni sebuah pulau pantai geografi yang terletak di luar pantai selatan China. Husband aku cerita “HONG KONG sekarang sudah dibawah China tapi sebenarnya mereka masih memberontak. Tak mahu berada di bawah China. Hong Kong mahu duduk sorang sorang macam Singapore tu.

.

Kalau kita tengok orang Hong Kong pulak, banyak berbeza dengan Jepun. Aku pernah pergi Jepun. Masyarakatnya lembut berbudi. Tapi di Hong Kong aku rasa rakyatnya agak kasar. Pernah kami bertanya jalan pada seorang pemandu bas, “laju dia jawab “tak tahu, dengan isyarat geleng kepala tanpa senyum, dia cepat cepat keluar pintu bas dia dan merokok tepi beranda”. Hoho

Berputar kami sebab tak tahu jalan. Haha.

.

Teringat pulak masa tersesat di Jepun. Seorang aunty warga jepun, siap tolong bawa sampai ke keretapi, tolong tolak stroller baby lagi.  Betapa risaunya dia tengok kami sesat. Siap lambai lagi kat kami yang dah masuk dalam train. Hehe.

Betul kan. Setiap masyarakat tak sama. Tak apa. Itulah kepelbagaian. Kalau pak arab, lagi kasar kan. Kalau melayu? haha. Panjang pulak menulis. Ok sambung cerita di Hong Kong ni.

.

Sampai je di airport. Apalagi. Terus tukar simkad la. Nyawa kan. Haha. Ni husband semua punya kerja. Dia siap beli di Malaysia lagi ni. Seller tu pos. Dia sorok dari aku. Punya nak suprise kan.

.

Kemudian, berjalan ke stesen bas. Beli tiket untuk ke kawasan area stadium. Hotel kami berdekatan stadium tu.

.

.

Dah siap beli tiket. Lupa dah berapa RM. Tapi perjalanan nya makan masa sejam lebih juga nak sampai. Jauh jugalah. Tapi nasib baik bas direct sampai. Tak adalah kena tukar tukar.

.

Aku ni, dah kata berdua kan. Tak ada get ready makanan pun. Alahai. Tak tahu pulak la juga naik bas. Dalam beg ada la roti sikit yang datang dari malaysia. Beli di airport. Dan air masak sikit. Huii. Bertahannn. Lapar boleh tahan jugak la. Tapi nak cari makanan halal bukan mudah jugak.

.

Ok dah sampai. Turun je bas, aku dah tak tahan. Lapar oii. Makan atas flight je. Haha. So haruslah cari nasi. Tak lama kami berpusing disitu, terjumpa la restoren indonesia ni. masuk je terus. Belek katalog. haha. terbeliak weii mata aku.

.

Tengok harga weii. nasi sepinggan 72HK. Haha. Kalau convert ke RINGGIT ni, rasanya mahu makan sekali pinggan. RM40 sepinggan makanan ni. Jenuh oii. Haha. Tapi, buat apa keje convert. dah memang gitu harganya, Haha. Orang malaysia kena terima takdir ini. kih kih. Tak apalah. Makan saja. Lapar tersangat dah ni.

.

Then habis makan, kami menapak mencari hotel. Dekat situ saja. Jalan jalan jumpa ni. Bangga la jugak kan. ada bendera malaysia. Hihi

.

So pergi hotel. Hotel kecik je kami masuk. Ok lah. Bukan nak duduk ramai pun. Berdua saja.

.

Malam tu, husband ajak pergi tengok bola. Tapi aku rasa malas lah. Aku duduk bilik saja. Sambil coaching team bisnes. Jauh jauh pun, aku ingat diorang nih. 😝

.

Malam tu, habis tengok bola. Kami keluar la sekejap. Tengok suasana malam bandar Hong Kong. Ramai yang masih berkot. Baru balik kerja. Workaholic kan.

Air tu, yang kaler oren tu tak sedap. Hahaha. Salad tu, aku makan sayur saja. Mayonis tak makan.

.

HARI 2 di HK

.

Husband aku plan nak ke tempat dimsum masyhur. Area masjid ammar. So, menapak la jugak. Melalui pasar pasar. Hingar pasar diorang ni. Aku tak boleh tengok sangat. Sebab asyik nampak kepala BAB je. Haha laju laju berjalan.

.

.

Berjalan lagi mencari masjid. Penat gak kaki aku ni. Alhamdulillah pakai selipar medifeet. Hahaha. Best selipar tu. Tenang kaki aku.

.

DIM SUM SANGAT SEDAP !!! Kalau ada rezeki ke sana lagi, aku nak makan banyak banyak. Haha. Harga HK mahal la kan. Tapi kena makan la. Rugi tak rasa. Tak apa. BONUS SHAKLEE kan ada. Hihi

.

Habis makan, kami masuk masjid tengok tengok. Ramai orang indonesia disini. Seronok tengok diorang berbual dan buat halaqah mengaji Al quran. Kemudian, kami nak berjalan mencari barang nak bawak balik. Tak tahulah nak beli apa.

.

Husband aku cakap, kalau membeli di sini, kena hati hati. Diorang jenis “kalu kau dah tanya harga, kau dah tak boleh cakap “tak apalah”, kena beli. Haa. Seram aku. So aku berjalan saja. Tak tanya harga dah la. Kecuali aku betul betul nak beli.

Zohor, kami solat di masjid Kowloon. Glemer kan bandar ni. Biasa dalam movie ada sebut kowloon ni. Aku ingat lagi. Sini pun ramai indonesia. Diorang bekerja di merata rata tempat kan. Hebat mereka ni. Lepas solat. Kami nak makan. Cari makanan halal tak jumpa. Ada lansorang brader ni, macam orang luar juga. Dia tunjuk jalan. Dia islam juga. Baru keluar solat. Rupanya kedai kedai tu jauh nun di belakang jalan.

.

Haha. Jenuh la mencari.

.

Siap tu. Makan makan. Masakan diorang biasa saja. Tak boleh lawan kelantan lagi. Haha So. Next station. Misi mencari BRUCE LEE. Husband aku punya misi.Lepas tu kami dah nak balik dah. Kerja gila kan? Haha

.

Cantik HONG KONG ni. Ok dah nak jumpa dah BRUCE LEE.

.

.

Taraaa. Hahaha. Gila kau. Menapak punya berjam. Nak cari ni saja? Hissh. Otak lelaki kadang kadang memang out of the box. Hahaha. Ayoo. So. Dah selesai. Nak balik dahhh. menapak lagi lah nak cari keretapi. haha. pastu sambung naik bas pulak. Risau gila takut kena tinggal dengan flight. Kejar masa mcm duk malaysia saja. tak ada berbaki banyak sangat pun. Nasib la tak ada salah di mana mana . hahaha

.

Ni aku penat jalan. Duduk la dulu. Fuhhh. tu pun bagi masa 2 minit je. takut lambat. haha Sambung lagi mengejar bas pulak. Sampai la airport. Alhamdulillah. sampai airport, tengok troli, berderet terus depan pintu train. bersedia dah. tak payah carik troli. hehe

Ok. Hong kong ada disneyland, tapi sebab ni kerja gila. datang 2 hari saja. mana nak sempat pergi. Dulu kami pergi Disneyland Orlando, dan disneyland Jepun. Penat beratur. haha. so, tak pergi disneyland pun tak apalah. Bergambar je depan disneyland di eport ni. Hahaha.

.

Gila kerja kami ni. So. Next trip nak gila kemana pulak? Haha

kami pergi dengan Bonus SHAKLEE. free la kiranya trip gila ni.  Dan nak kerja gila ni, jangan lupa bawak suppliment. makan untuk kasi tenaga dan imun kita kuat. kang tak pasal-pasal demam urat. kan.

.

dua ni bagus untuk travel.  Ostematrik untuk pergerakan kita lebih aktif, otot yg lebih tenang, tidur pun rileks. omega untuk kecerdasan otak, dan jugak untuk lutut jugak.