Kononnya nak bagi hadiah befday. Husband ajak isteri dia pergi HONGKONG. Mula tu tak percaya pun. Mesti main main saja kan. Aku punya plan benda lain.
.
Aku plan nak pergi jalan-jalan di Perlis untuk beberapa hari. Last-last, husband betul betul tunjuk tiket nak ke Hongkong. Dia kata, dah beli tiket lama dh. RM600 untuk 2 orang tiket flight pergi dan balik. Fuhhh.
.
Rasa agak gembira jugak la, sebab boleh jalan-jalan di HONG KONG kan. Aku pun tak tahu apa pasal plan dia tiba-tiba nak ke Hong Kong.
.
Tapi, Rupenyaaa….Dia nak pergi tengok bola weiii. HONG KONG VS MALAYSIA. Adoi la. Penat aku ikut. 🤧🤧
Aku punya la ingat nak pergi bawak aku jalan-jalan. Tapi tak pelah. Dah beli tiket kan. Takkan tak pergi pulak. So bertolak lah kami hari tu. Syok jugak la trip short vacation macam ni. Walau terkejar kejar dengan trip ni. Rasa romantik pulak berkejar bas dan keretapi sebab hampir kena tinggal. Haha.
.
Naik Air Asia. Rasanya dalam 6 jam atas udara.
Disebabkan aku ni orang bisnes, aku rasa membazir saja masa saja duduk dalam flight tapi tak buat apa apa. Dah la tak boleh nak on internet kan. Takkan nak tidur saja.
.
Jadi, aku memang plan awal-awal, aku akan bawak buku nota, buku bacaan. Membaca dan terus buat nota. Best juga. Sebab jarang sangat boleh dapat masa membaca dengan baik dan rileks sekarang ni. Kan. Terganggu denga internet. Haha
Selesai baca buku ni, aku buat draft untuk team bisnes aku pulak. Apa plan aku untuk diorang. Target dan apa tajuk yang aku boleh mengajar nanti.
.
Kena buat list supaya tak terlupa. Bisnes ni kita punya komitmen. Kalau hari-hari kita boleh bangun pergi kerja, macam tu lah juga kita beh buat terbaik untuk bisnes kita kan. Kebun kita masa depan nanti.
.
Ok habis membebel. Haha. Sikit sikit boleh la kan. Banyak-banyak nanti, boring korek telinga pulak. Haha
.
HARI pertama Di HK
bila berjalan ke tempat orang, best kalau kita boleh dengar sejarah cerita tempat tu kan. baru real. hehe.
.
Bab sejarah ni, aku suka tanya husband. Aku hairan kenapa orang boleh ingat sejarah. Sebab aku terlalu blur dengan sejarah. Haha. SPM aku dapat A Sejarah. Tak tahu macam mana boleh dapat A. Haha
.
Hong kong ni sebuah pulau pantai geografi yang terletak di luar pantai selatan China. Husband aku cerita “HONG KONG sekarang sudah dibawah China tapi sebenarnya mereka masih memberontak. Tak mahu berada di bawah China. Hong Kong mahu duduk sorang sorang macam Singapore tu.
.
Kalau kita tengok orang Hong Kong pulak, banyak berbeza dengan Jepun. Aku pernah pergi Jepun. Masyarakatnya lembut berbudi. Tapi di Hong Kong aku rasa rakyatnya agak kasar. Pernah kami bertanya jalan pada seorang pemandu bas, “laju dia jawab “tak tahu, dengan isyarat geleng kepala tanpa senyum, dia cepat cepat keluar pintu bas dia dan merokok tepi beranda”. Hoho
Berputar kami sebab tak tahu jalan. Haha.
.
Teringat pulak masa tersesat di Jepun. Seorang aunty warga jepun, siap tolong bawa sampai ke keretapi, tolong tolak stroller baby lagi. Betapa risaunya dia tengok kami sesat. Siap lambai lagi kat kami yang dah masuk dalam train. Hehe.
Betul kan. Setiap masyarakat tak sama. Tak apa. Itulah kepelbagaian. Kalau pak arab, lagi kasar kan. Kalau melayu? haha. Panjang pulak menulis. Ok sambung cerita di Hong Kong ni.
.
Sampai je di airport. Apalagi. Terus tukar simkad la. Nyawa kan. Haha. Ni husband semua punya kerja. Dia siap beli di Malaysia lagi ni. Seller tu pos. Dia sorok dari aku. Punya nak suprise kan.
.
Kemudian, berjalan ke stesen bas. Beli tiket untuk ke kawasan area stadium. Hotel kami berdekatan stadium tu.
.
.
Dah siap beli tiket. Lupa dah berapa RM. Tapi perjalanan nya makan masa sejam lebih juga nak sampai. Jauh jugalah. Tapi nasib baik bas direct sampai. Tak adalah kena tukar tukar.
.
Aku ni, dah kata berdua kan. Tak ada get ready makanan pun. Alahai. Tak tahu pulak la juga naik bas. Dalam beg ada la roti sikit yang datang dari malaysia. Beli di airport. Dan air masak sikit. Huii. Bertahannn. Lapar boleh tahan jugak la. Tapi nak cari makanan halal bukan mudah jugak.
.
Ok dah sampai. Turun je bas, aku dah tak tahan. Lapar oii. Makan atas flight je. Haha. So haruslah cari nasi. Tak lama kami berpusing disitu, terjumpa la restoren indonesia ni. masuk je terus. Belek katalog. haha. terbeliak weii mata aku.
.
Tengok harga weii. nasi sepinggan 72HK. Haha. Kalau convert ke RINGGIT ni, rasanya mahu makan sekali pinggan. RM40 sepinggan makanan ni. Jenuh oii. Haha. Tapi, buat apa keje convert. dah memang gitu harganya, Haha. Orang malaysia kena terima takdir ini. kih kih. Tak apalah. Makan saja. Lapar tersangat dah ni.
.
Then habis makan, kami menapak mencari hotel. Dekat situ saja. Jalan jalan jumpa ni. Bangga la jugak kan. ada bendera malaysia. Hihi
.
So pergi hotel. Hotel kecik je kami masuk. Ok lah. Bukan nak duduk ramai pun. Berdua saja.
.
Malam tu, husband ajak pergi tengok bola. Tapi aku rasa malas lah. Aku duduk bilik saja. Sambil coaching team bisnes. Jauh jauh pun, aku ingat diorang nih. 😝
.
Malam tu, habis tengok bola. Kami keluar la sekejap. Tengok suasana malam bandar Hong Kong. Ramai yang masih berkot. Baru balik kerja. Workaholic kan.
Air tu, yang kaler oren tu tak sedap. Hahaha. Salad tu, aku makan sayur saja. Mayonis tak makan.
.
HARI 2 di HK
.
Husband aku plan nak ke tempat dimsum masyhur. Area masjid ammar. So, menapak la jugak. Melalui pasar pasar. Hingar pasar diorang ni. Aku tak boleh tengok sangat. Sebab asyik nampak kepala BAB je. Haha laju laju berjalan.
.
.
Berjalan lagi mencari masjid. Penat gak kaki aku ni. Alhamdulillah pakai selipar medifeet. Hahaha. Best selipar tu. Tenang kaki aku.
.
DIM SUM SANGAT SEDAP !!! Kalau ada rezeki ke sana lagi, aku nak makan banyak banyak. Haha. Harga HK mahal la kan. Tapi kena makan la. Rugi tak rasa. Tak apa. BONUS SHAKLEE kan ada. Hihi
.
Habis makan, kami masuk masjid tengok tengok. Ramai orang indonesia disini. Seronok tengok diorang berbual dan buat halaqah mengaji Al quran. Kemudian, kami nak berjalan mencari barang nak bawak balik. Tak tahulah nak beli apa.
.
Husband aku cakap, kalau membeli di sini, kena hati hati. Diorang jenis “kalu kau dah tanya harga, kau dah tak boleh cakap “tak apalah”, kena beli. Haa. Seram aku. So aku berjalan saja. Tak tanya harga dah la. Kecuali aku betul betul nak beli.
Zohor, kami solat di masjid Kowloon. Glemer kan bandar ni. Biasa dalam movie ada sebut kowloon ni. Aku ingat lagi. Sini pun ramai indonesia. Diorang bekerja di merata rata tempat kan. Hebat mereka ni. Lepas solat. Kami nak makan. Cari makanan halal tak jumpa. Ada lansorang brader ni, macam orang luar juga. Dia tunjuk jalan. Dia islam juga. Baru keluar solat. Rupanya kedai kedai tu jauh nun di belakang jalan.
.
Haha. Jenuh la mencari.
.
Siap tu. Makan makan. Masakan diorang biasa saja. Tak boleh lawan kelantan lagi. Haha So. Next station. Misi mencari BRUCE LEE. Husband aku punya misi.Lepas tu kami dah nak balik dah. Kerja gila kan? Haha
.
Cantik HONG KONG ni. Ok dah nak jumpa dah BRUCE LEE.
.
.
Taraaa. Hahaha. Gila kau. Menapak punya berjam. Nak cari ni saja? Hissh. Otak lelaki kadang kadang memang out of the box. Hahaha. Ayoo. So. Dah selesai. Nak balik dahhh. menapak lagi lah nak cari keretapi. haha. pastu sambung naik bas pulak. Risau gila takut kena tinggal dengan flight. Kejar masa mcm duk malaysia saja. tak ada berbaki banyak sangat pun. Nasib la tak ada salah di mana mana . hahaha
.
Ni aku penat jalan. Duduk la dulu. Fuhhh. tu pun bagi masa 2 minit je. takut lambat. haha Sambung lagi mengejar bas pulak. Sampai la airport. Alhamdulillah. sampai airport, tengok troli, berderet terus depan pintu train. bersedia dah. tak payah carik troli. hehe
Ok. Hong kong ada disneyland, tapi sebab ni kerja gila. datang 2 hari saja. mana nak sempat pergi. Dulu kami pergi Disneyland Orlando, dan disneyland Jepun. Penat beratur. haha. so, tak pergi disneyland pun tak apalah. Bergambar je depan disneyland di eport ni. Hahaha.
.
Gila kerja kami ni. So. Next trip nak gila kemana pulak? Haha
kami pergi dengan Bonus SHAKLEE. free la kiranya trip gila ni. Dan nak kerja gila ni, jangan lupa bawak suppliment. makan untuk kasi tenaga dan imun kita kuat. kang tak pasal-pasal demam urat. kan.
.
dua ni bagus untuk travel. Ostematrik untuk pergerakan kita lebih aktif, otot yg lebih tenang, tidur pun rileks. omega untuk kecerdasan otak, dan jugak untuk lutut jugak.