CARA NAIKKAN HB KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum, Allahummasolli ala muhammad .

Saya berumur 38 tahun dah sekarang ni (tahun 2023) Saya pembawa thalasemia, dikesan pada tahun 2011.

Saya mengandung anak pertama pada umur 26 tahun, dan HB selalu low. Dapat bacaan 8, 9 🥺. Umur muda lagi masa tu, tapi selalu letih. Rupanya sebab kurang oksigen.

Memang HB tak naik naik sampai lah bersalin. Siap pakej bleeding , kena masuk 3 beg darah. Hb masa bleeding tu 5 je. Tercungap cungap , pucat lesi muka. Suami saya yang lawat saya, menangis. Merah mata. Saya tak boleh jenguk anak saya 7 hari sebab saya tak boleh berjalan dan tak boleh nak turun katil. Jadi pitam bila saya bangun. Baby pulak duduk Nicu sebab lemas dalam perut 😖

Sebab tu bila orang cakap dia HB low, saya concern sangat. Sebab tak nak dia jadi macam saya. Sebab kesan dia terlalu perit untuk kita.

Nampak stiker hijau tu? Haa setiap buku pink saya dapat stiker tu 😅. Sebab risiko PPH.

Setahun kemudian, berjarak 1 tahun 5 bulan, saya lahirkan anak kedua. Tapi kali ini berbeza sangat! Waktu mengandung anak kedua, saya dah tahu saya pembawa thalassemia. Dan saya usaha untuk bagi HB saya cantik. Saya usha usha, jumpa lah suppliment organik SHAKLEE.

HB NAIK SELEPAS CUBA SUPPLIMENT SHAKLEE.

Nurse pun teruja. Siap bulatkan hb 11 . Seronok!!!

Ni misi tulis dalam buku pink. Advice teruskan shaklee suppliment.
Alhamdulillah. week ke 36 + 5hari, HB CECAH 11

Allah! Memang tak mustahil pun kan!!

Saya amalkan shaklee ni dari 2012 , dan saya dapat result :

– HB NAIK

– Gastrik hilang

– Sembelit tiada

– Migrain nyahpergi

– Tiada lagi tarik mengkarung (cramp)

– Bertenaga , saya menyusu anak sulung ketika mengandung anak kedua. Bulan ke 8 kot baru saya stop menyusu anak sulung.

– Resdung hilang

Betul! Banyak sangat kesan saya dapat. Padahal saya makan shaklee untuk naikkan HB je. Rupanya banyak dia punya khasiat. Alhamdulillah cergas, dan saya nak sangat orang yang HB low pun sihat

ini basic tablet. Ada iron (vitalea), vitamin c dan Bcomplex with folic acid.
ini yang full yang saya consume.

Dan waktu nk masuk Labor room, Doktor ambik lagi darah untuk cek HB sebelum bersalin. Hb saya 11.9 !!! Pagi doktor terkejut. Masya Allah!

Sungguh. Mmg shaklee di hati saya sangat sangat. Orang lain biasanya, last last month, hb mula drop. Lagi lagi kalau pembawa thalassemia. Tapi saya pulak last-last hampir bersalin tu, HB naik.

Ni 3 orang termasuk adik saya sendiri. antara ramai ramai yang dah cuba. Serius!! Memang terbaik.

Saya ada juga sharing tentang GDM waktu preggy dan ada juga yang ajaib untuk story tu. Boleh tgk link ni https://ninimuhammad.wordpress.com/2023/03/01/boleh-ke-turun-berat-ketika-mengandung/

Banyak perbezaan kesihatan yang improve sangat sangat.

Dulu, mengandung je, hb low. Walaupun masa tu baru 26 tahun 😂 berbanding preggy umur 37 tahun, hb elok dan sangat aktif kesana kemari. Siap main suka memanah lagi masa preggy 34 weeks 🤣

Kalau dulu , pregnant je, sembelit, pastu tarik mengkarung setiap malam. Tapi tahun 2022 preggy, sekali pun tak pernah jadi tarik mengkarung/simpul biawak/kejang kaki tu. Sembelit pun tak ado.

Preggy pertama dulu, gastrik terukk!!! Alhamdulillah skrg , dah tak ada gastrik. Dan slip disc teruk. baring nanges, duduk pun nanges. Sakit. Tapi preggy umur 37 tahun, dah tak sakit. Preggy pun aktif kesana kemari.

Kualiti life yang pernah saya dapat melalui shaklee ni yang memegang saya terus percaya dan yakin shaklee. Sebab tu orang suka kita share terus dari pengalaman kita yang lebih 10 tahun dalam produk ni 😍

Kalau ada nak tanya atau nak shaklee untuk HB LOW, Dan ketika pregnancy, boleh wasap saya ya

http://www.wasap.my/60145068306/SETPREGNANT

Terima kasih shaklee , kualiti inilah yg saya perjuangkan utk rakan rakan lain dapat sama.

Bukan semata mata bisnes, tapi sebagai jalan lebih sihat. 🥰😍

Pengalaman BERSALIN anak SULUNG, IBU HAMPIR MATI akibat pendarahan teruk!!

Tahun 2010

Aku mengandung anak sulung. Patutnya masih muda kan. Ikut umur, mesti masih bertenaga la kan. Tapi sangat tidak untuk aku. Pengalamannya sangat perit. Terlalu perit !! Umur aku baru 25 tahun masa tu. Muda lagi kan?? Tapi, KULIT muka aku nampak KUSAM gila. !!! Macam mak lampir!!

.

Dari awal mengandung

Aku GASTRIK sampai aku muntah teruk. dah menjolok sampai ke tekak paling dalam, keluar darah siap dalam muntah tu. Melepek!! Hb pulak asyik rendah. Aku dah telan macam-macam dah. Keranglah, jambulah, hati lah, makan lah sampai buncit ya. Tapi tak naik naik pun Hb. Berlarutanlah kes LOW HB tu sampai tarikh due date. Patutnya aku dah kena bersalin dah sebab dah due date. Tapi baby tak mahu keluar lagi ni!!!

.

Doktor dah tak bagi aku overdue sebab HB AKU LOW. Takut kurang oksigen pada baby. Maka, terus kena warded lah. Kena induce okeh!! So aku yg muka budak comel ni pun kemas beg baju semua, check in la wad malam tu. Kelihatan aku ni macam seronok lah. Sebab masuk wad dalam keadaan tak sakit pun kan. Bangga kot. haha. Padahal, orang nak bersalin ni kena seronok kalau sakit. Haha. Punyalah aku ni tak tahu apa apa sangat masa tu. haha

 

Aku masuk wad 8 malam 17 mac. Esoknya, Jam 8 pagi, doktor cek. Dah ada bukaan 3 cm dah. Tapi, aku tak ada sakit apa pun. Dr mintak masuk LR, aku masuk je lah. drip air dan induce sama. Saat, minit, jam pun berlalu. Dah 13 jam dah berlalu, 13 jam juga la aku bertahan dalam labor room tu. Doktor kata KALAU TAK CUKUP 10cm juga sejam lagi ni, aku memang KENA di OPERATE EMERGENCY !!!!

 

13JAM MENAHAN SAKIT TERAMAT dalam LR tu, dengan WAYAR SELIRAT. SIAP TONG OKSIGEN KAT TEPI !!! Aku lapar gila. Dahaga tak yah cakap. Puasa seharian. Macam mana aku nak ada tenaga dah. Aku mintak air. Misi boleh sapu tisu basah je di mulut aku.

.

Tiba jam peluang terakhir, tepat jam 10.20 malam, akhirnya, alhamdulillah, cukup 10cm !!! Ok, pushhhh!!!! Aku berusaha nak push. Tapi, aku dah tak cukup tenaga sangat dah. Nyawa macam nak habis dah. Doktor dah tak boleh tunggu aku dah. Misi ambil tugas dia. Dia tolak perut aku sementara doktor vacum kepala baby tarik keluar.

.

Debushhh keluar budaknya.Baby lelaki 3.45 kg. Lonjong kepalanya sebab kena vacum. Nak buat macam mana kan, aku dah tak boleh push dah. Langsung habis tenaga..Alhadmulillah , baby dah keluar. Lega…

 

TAPIIII….lepas tu, ada lagi keadaan genting berlaku !! NADI AKU MAKIN LEMAH !!! Nurse nak alihkan aku ke katil lain. Mereka mintak aku bangun. Tapi, bila aku bangun, kepala aku berpusing nak pitam. Aku dah nak terlentang ke lantai !!! Misi dah tampar tampar aku. Tak bagi aku pejam mata. Alhamdulillah. Aku sedar. Terus dibaringkan balik. Aku tak dibenarkan bangun. Doktor ambik darah. CEK HB. oh nooooo……!!!! hb hanya ada bacaan 5 saja. dah pucat lesi muka aku.

.

Aku teringat baby aku. Tapi, AKU X BOLEH JUMPA LAGI pun baby. SEBAB AKU PUN TAK BOLEH nak BANGUN…baby masuk NICU sebab lemas. sobss. Oleh sebab HB aku dah sangat low, Doktor nak masukkan darah. Aku kena sign surat tambah darah.  OKEH, sign . Dan , mula nak dimasukkan darah.

.

TAPIIII…. DARAH TAK MAU MASUKKKKK!! Tempat drip dah bengkak!! dan aku pulak DEMAMMM. Ada reaksi negatif dengan darah tu. SO stopppp transfer darah. Mata aku masih on off berpinar. Air mata aku dah mula keluar. Aku rasa, boleh ke aku tengok baby nanti? Mungkin MATI KE aku ni?

.

Tapi, umur aku masih panjang. Akhirnya, dengan doa semua, pack kedua darah boleh masuk. aku makin sihat. TAPI masih SANGAT LEMAH. Aku kena duduk wheelchair. Laki aku dah nampak merah mata. MENANGIS. tak tahulah nangis sedih ke gembira. hahahaha

 

Habis kisah di labor room. Bersambung pulak kisah dalam pantang.

 

DALAM PANTANG, aku kena SEMBELIT teruk!! SAMPAI AKU RASA bila-bila masa AKU BOLEH REBAH TERBARING DALAM TOILET!! Macam macam dugaan. Baby menangis kat luar, suami kerja, dan aku menagis sorang diri aku dalam toilet!! aku depress kot masa tu. Teruk sembelit tu. Memang aku sangat trauma setiap hari.

 

Bila dah hampir habis pantang tu pulak, ramai ORANG asyik TANYA AKU “BILA NAK KERJA”. Ada jugak yang perli aku perhabis beras kat rumah saja. AKU MEMANG depress masa tu. Keje menagis jelah.

 

Bersambung pulak waktu FASA menyusu.

 

MENYUSU ikhwan, memang penat sangat. Mungkin sebab aku punya tenaga digunakan banyak sebelum ni. Dah aku pulak kurang makan sayur. Bila menyusu bayi lelaki, teruk dia punya permintaan. Aku dah memang limit sangat dah penatnya. Kerap la aku tengok kawan aku kongsi dia makan suppliment untuk ibu menyusu. sharing dia lalu di wall FB aku masa tu. Tahun 2011. Dan beberapa kali jugaklah aku PM seller tu tanya harga. Aku nak beli suppliment. tapi aku tak mampu pulak. Fikir duit nak guna untuk benda lain pulak kan.

.

Tapi, aku kata, aku nk simpan duit jugak. Nak beli suppliment tu. untuk diri aku lebih segar kan. Dan AKHIRNYA, AKU MENGANDUNG LAGI. dan masa tu juga,  simpanan duit nak guna SHAKLEE dah cukup. maka mulalah april 2012, aku mula guna SHAKLEE untuk set mengandung dan menyusu.

.

Ni dah 7 bulan pregnant anak kedua. Flawless kannn. Kesan minum ESP EVERDAY!!! ❤️❤️ aku masih menyusukan Ikhwan waktu ni.

 

KESAN BAIK AKU GUNA SHAKLEE MASA TU:

# HB aku dah makin naik. Untuk aku yang memegang title PEMBAWA THALASEMIA ni, bila dapat bacaan  hb 11 tu pun, berita yang sangat gembira dah kan. memang benda tu very gud news tau korangg.

# rambut aku kurang gugur dah. Tak payah keja sapu lantai.

# kulit makin membaik. dulu kulit aku kusam lebih dari maklimah hantu tuh. haaa

# gastrik hilang . dulu gastrik aku sangat teruk

# migrain dah x ada. Migrain ni dari uitm lagi aku migrain. kalau migrain, keja aku hanya tidur. tapi dah ada anak, mcm mana nak tidur oiiii…

# tenaga . aku dah rasa kurang letih. Memang sangat betulla SHAKLEE ni jadi energy booster. Sebab dari muda dulu, aku selalu pitam. Tapi, lepas bershaklee dah tak pening pitam dah.

 

Paling BEST, berat maintain. Kulit muka nampak remaja. Freshh. Dan aku #TAK #SEMBELIT !!! Power kan.

.

AKU BERSALIN kali KEDUA dengan SIHAT TANPA BLEEDING pph tu.

.

Perjalanan aku berpantang dan menyusukan anak kedua tu pun sangat best. Rasa tenang dan sihat. Pelik sungguh.

 

2014

Aku mengandung lagi kali ke 3. Waktu mengandung kali ketiga ni, memang sangat baik. Aku amat cergas. Boleh ulang alik PERLIS – ALOR STAR untuk hantar anak aku tadika setiap hari.

.

Tapi .. kali ni Allah uji lagi sekali di ahri persalinan. Aku bersalin anak KE-3. Agak teruk juga. Sebab ada situasi getir. BAHU baby TERSANGKUT. Dan doktor kena korek keluar baby tu. Aku dah tak tertahan menanggung keadaan tu. Sakit tak terhingga nak cakap.

.

Tekanan darah makin rendah. Sampailah baby boleh dikeluarkan. Tapi kes pulak pada rahin yang tak mengecut. Darah keluar tak stop. Doktor berusaha untuk kecutkan rahim supaya pendarahan berhenti. Akhirnya selamat semuanya. Berpeluh doktor dalam labor room dengan kes aku. Huhu.

.

Tapikan. Doktor punya terkejut tengok aku lepas kluar dari LABOUR ROOM tu. Sebab, masa dalam LR tu, haishhhh. Terukkk!!! Korang tak rasa, korang tak tahu apa aku rasa. TAPI SEBAB AKU MAKAN SHAKLEE DAH, aku rasa lebih sihat. sehari di wad selepas keluar labor room, orang ingatkan aku dah seminggu bersalin. hehe

 

Dari aku keluar labor room tu, aku terus MAKAN VIVIX. Ada darah ketul-ketul KELUAR ! berketul ketul keluar. lepas darah tu keluar, terus perut aku tak sakit dah. Darah tu ada, sebab masa rahim tak mengecut tu, darah berkumpul kat situ. Memang doktor expect aku perlu di operate lagi untuk keluarkan darah beku kalau darah tak keluar. Alhamdulillah. Sebab darah ketul dah keluar, aku dah tak perlu operate..

.

Beberapa bulan selepas kes tu, aku tak boleh bangun pulak. Sakit pinggang tak terkata. Bila aku pergi hospital. Buat MRI. Rupenya ada slip disc L5. Mungkin kesan dari kes bersalin tu. Kan doktor nak selamatkan aku dan baby. Di kepaknya kaki aku. Tu yang tulang aku lari kot. Tapi tak apa. Aku tak salahkan doktor. Aku lagi berterima kasih sebab mereka bertungkus lumus selamatkan aku. Aku amalkan shaklee juga utk tulang belakang tu. Alhamdulillah, sekarang dah sangat bagus. Sakit tetap ada lagi sikit-sikit. tapi, dah banyak baik dari dulu.

.

img_6121

2018, tengok perubahan aku. hehe

 

kiri tu 2010. kanan tu 2018

 

WAHM2
2012

 

so, selepas anak aku dah 3 orang, aku jadi lebih baik dari 2010 dahulu, walaupun umur dah bertambah.

 

 

aku dah rasa kehebatan set mengandung dan menyusu Shaklee. anda juga boleh.

contact untuk pertanyaan 014 506 8306

Betul ke alfalfa bagus untuk ibu?

Orang melayu pun ada herba tersendiri kan. Jadi, alfalfa ni tak bagus ke?

.

Alfalfa ni dikenali sebagai “Raja Segala Makanan” dan makanan terbaik.

Alfalfa secara semula jadinya sangat berkhasiat. Ia menyediakan lebih daripada 300 nutrien dan mineral termasuk

✅ kalsium

✅ fosforus

✅ zat besi

✅ magnesium

✅ klorofil

✅ bioflavonoid

✅ mineral

✅ vitamin.

 

 

MENYOKONG RAMBUT YANG SIHAT

• Meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen pada kulit kepala.

• Menyediakan perlindungan antioksida kepada folikel rambut, meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut.

 

MEMBANTU DALAM PENGHADAMAN

• Melegakan kembung dan gas yang berlebihan.

• Merangsang sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik.

 

MENINGKATKAN SISTEM IMUN

• Merangsang pengeluaran sel darah putih.

• Bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan tekanan oksidatif.

 

MENGURANGKAN KERADANGAN

  • Mengurangkan keradangan pada sendi
  • Menguatkan sistem imun

 

KESAN ALKALI

• Meneutralkan kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein.

• Mengurangkan bau badan, nafas berbau, sakit tekak, senak perut dan keletihan.

 

MEMBERSIH DAN MENYAHTOKSIN

• Membersihkan dan menyahtoksinkan hati.

• Membantu membekalkan vitamin dan mineral kepada hati untuk fungsi yang optimum.

 

Selain tu, alfalfa juga bagus sebagai MILK BOOSTER.

.

Ps: Orang yang ada autoimune tak boleh makan alfalfa. Contoh: SLE, Psiorisis, thalassemia.

.

Shaklee juga ada ALFALFA. Sebiji hanya RM0.15 sen. Murah kan. Tapi khasiat dia besar sekali.

 

Boleh wasap saya jika ada pertanyaan atau mahu membeli produk ini. www.wasap.my/6014568306

 

Testimoni ibu menyusu: