Alhamdulillah, Selepas balik dari tanah haram makkah dan Madinah 12 may 2023, terus saya mulakan buat intermittent fasting. Kena tahan godaan dari makan manis dan gandum. dan hari ni dah hari kedua betul betul buat IF JOURNEY ni.
Pagi tadi, goreng nasi untuk anak. So makan la sikit dalam 1 senduk.
Tengahari tadi pula, tak makan nasi. Just shake ESP je. Dan jam 4 petang, masuk dapur dan buat telur scramble. Bagi perut tak terkejut. Sebab dah lama tinggal IF ni kan.
Jam 6 petang pula, saya makan nasi kukus dgn ayam goreng. Dan minum air chia seed. Sayur tak beli lagi. Abes kat dapur. Malam nanti, kita tak makan dah. Just ulang minum air saja.
Malam- malam kita perbanyakkan zikir 😝
Bila cut sugar ni, kita kena tahu , yang badan kita akan tunjukkan simptom penat. Sebab dia nak kita kesian kat dia . Meraih simpati supaya kita makan juga gula dan tepung. Jangan di kisahkan sangat. Memang dia pandai berdrama.
Kalau lapar gula, kita bukan lapar sebenarnya. Kita tengah craving racun.
Haaaa, minum air bagi kenyang. Letak la lemon ke, chia seed ke. Makan minyak kelapa dara ke. Insha allah, akan ada alas perut yang lebih baik.
Journeyturun5kg dengan set hello new you
Nak hilang berkilo kilo ni, kita nak tampil bertenaga. sangat penting setelah kurus, adalah kita nampak presentable, kacak dan molek.
Kita tidak murung bila nampak lebih tua sebab kulit kendur dan badan menggeleber.
Sebab itu Set Hello New You Shaklee menitikberatkan inch loss / kehilangan inci daripada lemak, tapi mengekalkan otot secara baik.
Ini dikuasakan oleh Leucine yang terdapat dalam Life Shakes & Cinch Protein Shaklee.
Memilih Shaklee untuk pengurusan berat badan kita adalah pilihan yang sangat tepat untuk Sihat, Muda, Ceria dan Lebih bertenaga
Bayangkanlah dulu 68 kiloSekarang, orang ingat kita umur 20 tahun 🤣
Walau hakikatnya sudah mencecah hampir 40 tahun dan memiliki 4 orang anak.
Semua anak anak ni geng makan shaklee dari kecik
dan paling best bulan May 2023 ni, masih ada promosi tergolek shaklee untuk set hello new you ini
Rugi tak grab, sebab memang berbaloi murahnya.
Nak baca bab IF? Ni ada saya pernah tulis sebelum ni di link Set Hello New You
Pernah dengar tak ayat ni? Orang yang makan banyak tetapi kurus lebih bahaya daripada orang yang gemuk yang makan banyak.
Tahu tak sebab apa jadi macam tu?
Secara mudahnya, Orang obes memang ada masalah insulin resistant. Iaitu satu keadaan, dimana badan kita memproses glukos/gula menjadi lemak. Dan lemak itu disimpan kerana tidak digunakan menjadi tenaga. Tetapi orang yang kurus pulak kebanyakannya juga ada penyakit TOFI. “Thin outside, fat inside”. Penyakit ini menyimpan lemak dalam organ dan bukannya pada lapisan kulit. Organ orang yang kurus akan lebih cepat rosak berbanding orang yang obese. – drjue
Kesimpulannya: Kurus bukan alasan untuk tidak menjaga pemakanan.
Ramai orang yang kurus merasa tenang sejahtera sebab dia kurus. Dan dia merasakan itu adalah tiket untuk dia makan dan minum sewenang wenangnya. KAdangkala ayat dikeluarkan “makan manis dan makan banyak pun, tetap kurus” itu sebenarnya bahaya. Sebab kita tak nampak signal dalaman tu macam mana.
Adakah satu kekaguman apabila ada orang yang “Hilang 10KG dalam sebulan” atau “Kurus dalam beberapa minggu”. Nak kurus dengan cepat
Sebenarnya kan, lagi cepat turun berat, memang lagi bahaya.
Ada person yang saya guide untuk buat plan penurunan berat badan ni, asyik stress dengan timbangan dia. Dan penat saya terangkan, jangan bertumpu pada angka berat tu. Kita kena fokus pada pemakanan dan sugar cut secara teratur dan tidak terlalu mendesak.
Pernah dengar pertandingan “The Biggest Loser?” Ramai yang hilang berat berkilo-kilo, tapi selepas selesai pertandingan , mereka pakat naik balik berat badan beramai-ramai. Ini berlaku kerana pendekatan yang terlalu extreme yang dilakukan dalam waktu yang singkat. Bayangkan dari selalu makan banyak tiba-tiba mereka kena kawal jumlah makanan secara mendadak. Dan buat senaman macam askar. Badan tak mampu untuk sesuaikan diri dengan aktiviti yang tidak biasa dilakukan sebelum ni. Sebab itulah ia cepat turun mendadak. Tapi, bila badan dah biasa, maka akan jadilah ‘plateu’ Iaitu berat statik walaupun senaman gaya tertiarap dah.
Ingat kembali pada masa kalian cut sugar dan nasi, berpuasa hari-hari tanpa sahur, bersenam extreme setiap hari, memang berat badan akan turun dengan laju, tapi tak lama kemudian berat plateau dan craving mula menjelma. Makanan seolah-seolah boleh berkata-kata dan menyeru untuk dimakan. Ini dipanggil simptom withdrawal, dan jika tak dikawal, tak mustahil untuk makan seakan tak ingat dunia dan berat badan kembali meningkat.
Sebenarnya, setiap matlamat nak kurus tu perlu kita waspada. Kurus bukan untuk sebulan dua. Tapi, kita nak bina kekal kurus dan sihat sampai bila bila. Laju laju berlumba, kita nak pergi mana sebenarnya?
Saya sendiri pun, ambil masa setahun setengah untuk mula turun sampai 13 kilo. Sebulan tu, biasanya turun dalam 1-2kg saja. Dan sehingga hari ini, saya masih fokus untuk turunkan lemak sebab walaupun berat turun, lemak tak semestinya ikut turun. Sebab itulah, kita kena buat check up setiap 6 bulan supaya kita boleh nampak kesannya.
UNTUK ORANG KURUS SIHAT
Ramai betul takut nak kurus atau nak maintain kurus yang sihat dengan guna suppliment ye. Sebab ramai lagi yang belum memahami apakah fungsi dan kerja suppliment organik macam shaklee ni membantu dalaman badan kita samada untuk orang yang nak kurus mahupun yang dah kurus.
Sebenarnya suppliment ini memang perlu kita guna walaupun kita kurus, apatah lagi kalau kita belum kurus lagi .
Omega Guard
Omega guard bukan hanya bekerja untuk membakar lemak orang-orang yang tak kurus sahaja, tapi ia sangat membantu orang yang kurus untuk jaga dan maintain kurus dan stabilkan paras kolestrol dan aliran darah. Sebab ada sahaja orang yang kurus, tetapi, tahap kolestrol dia sangat tinggi, malahan juga menghidap darah tinggi dan kencing manis. JAdi, oleh sebab itulah, suppliment minyak ikan omega guard ini sangat penting untuk diamalkan setiap hari oleh kita semua. Sebab, bahaya sangat jika tryglycride itu mendap di sekeliling salur darah dan boleh membawa kepada risiko strok.
Energy Soy Protein Energy soy protein ini pulak, menyediakan keperluan asid amino yang amat diperlukan oleh badan kita. Dan sangat membantu untuk menurunkan dan menstabilkan paras kolestrol dalam darah.
Alfalfa dan herbalax Alfalfa dan herbalax ini adalah ejen lawas untok nyahtoksin. Sebab, kita ni manusia. Walaupun kurus atau tidak kurus, kita tetap hidupan yang sentiasa makan. Jadi, usus dan darah kita sentiasa bertoksin. Kita amalkan ini untuk menyahtoksin supaya terhindar dari masalah usus, seperti angin kus kus, sembelit, kanser usus, ulser usus dan sebagainya.
Herbalax ni sangat bagus kerana ia terdiri daripada 7 jenis herba terpilih termasuk daun senna. Ia juga sangat bagus kepada mereka yang selalu migrain, stress dan masuk angin
Kesimpulannya:
Memang posting ni untuk mengingatkan kita kita suspaya kurus cepat itu bahaya, tapi, jangan kita lupa pada angka berat badan kita tu ya. Kalau tinggi sangat tu, rasanya bolehlah cepat bertindak. Jangan pula kita seronok dengan berat yang berlebihan. Sebab ramai yang datang luahkan pada saya, kesan apabila berat badan berlebihan ni, mereka rasa cepat mengah, sakit lutut, nak cari baju pun susah, bergambar pun kena sorok menyorok.
Ya! Kurus tak wajib. Tak apa je tak nak kurus.
Cumanya, kesian lah pada lutut dan jantung kita . Penat diorang nak menanggung.
Alhamdulillah hari ni dah masuk 20 Ramadhan , pada 11 April 2023. Sekejap je kan, dah nak habis Ramadhan. Last last ni, kita pertingkatkan lagi amalan kita, supaya kita tak rasa menyesal sebab melepaskan Ramadhan pergi dengan membawa uncang amalan yang kempis. Cara untuk gandakan amalan paling mudah adalah dengan “menjaga dan selalu berniat setiap kali kita melakukan kerja”. Sebab, setiap amalan tu dibezakan adat dan ibadahnya kerana niat. Jika kita niat makanya, ia akan jadi ibadah. Jika hanya kebiasaan , makanya ia hanyalah rutin dan adat.
Contohnya:
Bagi duit sekolah pada anak. Rutin
Niatkan sebagai sedekah- ibadah
Contoh lagi : Makan nasi – rutin
Niatkan makan untuk sihat dan untuk bertenaga supaya boleh buat kerja kerana Allah – ibadah
Bekerja juga ibadah jika kita niat lillaahitaala.
Berniaga juga ibadah, jika kita niatkan kerana Allah.
Insha allah, rutinkan diri untuk berniat setiap masa. Semoga dengan cara ini, kita boleh bantu uncang amalan kita penuh terisi. Insha allah.
Ramai orang nak kelihatan kurus untuk sambut raya sebab kita akan berkumpul ramai ramai di hari raya tu, nak selfi, nak bergambar ramai ramai, nak pakai baju cantik dan kelihatan cantik.
Berat yang berlebihan mungkin menampakkan kita lebih berusia dari usia sebenar. Tambah lagi kalau kita masih muda, tapi berat terlalu lebih. Agak rasa low confident di situ. Saya juga begitu sebelum ni.
Dan nak turunkan berat bukan saja untuk cantik. Tapi yang lebih penting adalah untuk tidak mudarat. Sebab ada yang berat berlebihan, lututnya rosak dan kena digantikan kepala lutut dengan besi yang menyukarkan. Sengal di waktu hujan, sakit bila nak lipat lutut dan bermacam macam lagi.
Berat berlebihan juga boleh membawa kepada penyakit diabetes, darah tinggi, kolestrol tinggi , jantung penat dan juga stroke.
Punca berat berlebihan
1. Makan makanan dan minum minuman yang bergula tinggi
– Apabila kita memakan makanan manis dan maka badan kita akan menyalurkan signal supaya insulin dirembeskan. Dan jika gula yang diambil itu tinggi, maka lebih banyak insulin yang akan dirembeskan.
– Insulin digunakan untuk membawa glukos ke dalam sel badan, juga berfungsi menukarkan gula kepada lemak. Jadi, apabila ada lebihan insulin , maka, kerja insulin menjadikan gula kepada lemak itu lebih aktif dan sel badan tidak mampu menerima glukos yang dibawa oleh insulin sebab glukos sudah melebihi paras keperluan sel.
Sebab itulah badan akan kelihatan gemuk setelah kita tidak mengawal pengambilan gula.
2. Tidak peka terhadap makanan berkarbo tinggi
– Karbo sebenarnya bersamaan dengan gula. Sebab itulah, kita tidak disaran mengambil gula langsung didalam minuman. Sebab harian rakyat malaysia memang tinggi karbo. Sekadar ambil karbo yang cukup, sudah cukup lengkap untuk keperluan gula harian kita.
Tapi adakalanya rakyat malaysia hanya suka makan sedap, tinggi karbo, tinggi gula, dan tidak peduli terhadap kesihatan masa depan.
3. Tidak menjaga waktu makan
Sebenarnya, untuk kurus, kita hanya perlu stabilkan kembali insulin dan penggunaan insulin yang terancang oleh sel badan. Maka, gula tidak ditukar menjadi lemak kerana gula yang ada itu hanya untuk kegunaan sel.
Jadi, jika kita buat “PUASA” atau “Intermittent Fasting”, itu lebih baik kerana kita mengajar badan kita untuk merembeskan insulin dengan normal.
4. Salah faham pengambilan jenis makanan
Setiap makanan ada pengiraan kalori dan jumlah protein/ karbo atau lemak. Jadi, kita perlu tahu serba sedikit tentang makanan yang kebiasaan kita makan harian.
Supaya kita tahu berapa banyak kita perlu makan.
5. Makan walaupun tidak lapar
Ramai dari kita suka makan walaupun tidak lapar sebab itu dianggap aktiviti. Contohnya, sambil drive, sambil tengok tv, dan sebagainya.
Maka, semakin kerap makan, semakin banyak kerja badan laporkan kepada insulin. Dan akhirnya insulin pun dirembes dengan banyak dan ia bertukar menjadi lemak.
Intermittent Fasting
Waktu sepanjang saya mengandung , saya sudah amalkan intermittent fasting 12:12 atas saranan seorang Doktor Pakar di KPJ perdana Kota Bharu.
Sebab, beliau mahu saya kontrol gula. GDM saya atas pagar. Borderline. Sangag risiko pada bayi jika ibu tidak berbuat apa apa untuk turunkan GDM.
Maka apabila saya buat IF ni, doktor pakar sendiri cadangkan saya untuk naikkan dos suppliment harian. Sebab risau nutrisi tidak cukup.
Saya ceritakan kepada Doktor bahawa saya ambil suppliment shaklee dan Doktor bersetuju dan benarkan saya meneruskan suppliment shaklee. Dan selepas bersalin saya amalkan terus set hello new you shaklee. Yang mana set ini lebih membantu untuk lebih bernutrisi dan membantu perjalanan kita kurus.
Kesan intermittent fasting
SET HELLO NEW YOU SHAKLEE KURUS
Suami saya pengamal set hello new you dan telah dapat hasil nya.
Shake ni ada pelbagai perisa. Boleh pilih pilih 😍
Harga promosi shaklee set kurus hello new you
Turun 13 KG dengan set Hello New You
Apa kelebihan Hello New You set ni?
CINCH CHOCOLATE
Mengurangkan nafsu makan dan kenyang lama.
Inchloss lebih cepat.
Bantu kempiskan perut.
LECITHIN
Pengimulsi lemak dalam saluran darah.
Bantu kurangkan sembelit.
Bantu penyerapan vitamin larut lemak.
OMEGA GUARD
Bantu bakar lemak dalam organ dan cepat kurus.
Membantu masalah kolesterol.
Herb-Lax
Buang lemak dan toksin dari badan.
Cuci usus secara lembut dan semulajadi.
Berminat untuk kurus cara sihat, klik link di bawah 👇🏻