RENEWAL PERCUMA SHAKLEE

Tak ada orang yang suka suka nak bagi duit jika sesuatu itu tidak berfaedah untuk dia. Kan! Sama lah jika kita perlu renew sesuatu yang tak perlu.

Kalau kereta , roadtax perlu direnew setiap tahun. Lesen memandu, Lesen perniagaan. Semua tu berfaedah kan! Jadi, kita sanggup keluarkan duit untuk meneruskan lesen tersebut.

Tapi, jarang semua yang berfaedah tu diberi renewl percuma. Betul tak? pernah renew lesen percuma? Saya sendiri pun tidak pernah

RENEW PERCUMA SHAKLEE

Tetapi, di Shaklee, betapa murahnya hati shaklee ni, menyediakan renewal keahlian dengan percuma. Supaya ramai orang menikmati faedah menjadi ahli shaklee.

Sebab, kita tak tahu bilakah keahlian kita ini membuahkan hasil duit . Jika kita meneruskan keahlian, kebarangkalian untuk dapatkan cash rebate masih lagi terbuka. Kerana itulah, renewal ini sangat penting.

Ada orang, yang tidak kisah keahliannya terbatal. Dan beliau mencadangkan kawan kawannya untuk membeli shaklee dengan orang lain. Dan tiba tiba, kawan yang selama ini membeli shaklee dengan beliau, akhirnya mendaftar ahli dan menerima cash rebate dari shaklee, berganda ganda. Untung buat mereka yang mengambil peluang mendapatkan cash yang disediakan oleh shaklee ini.

Tambahan pula, RENEWAL KEAHLIAN shaklee adalah percuma jika setiap tahun paling kurang kita membeli 1 item produk shaklee. Kita perlu memaklumkan supaya shaklee RENEW KEAHLIAN kita dengan pembelian kita tersebut.

Secara automatik, terus keahlian kita diteruskan tanpa kita membayar apa apa kos renew. Produk yang dibeli juga boleh beli yang murah atau mahal. Minimum RM 30 Barang shaklee yang dibeli untuk RENEW KEAHLIAN. Anda dapat barang, dan RENEW percuma tanpa menambah apa apa duit pun.

UNTUNG KAN! Shaklee memang baik. Dan sebagai ahli, anda boleh meninjau telegram shaklee ini untuk semua informasi dan untuk informasi katalog produk juga ada di link panduan produk. dan untuk saranan saranan yang lebih lengkap , boleh di link artikel shaklee today dan segala poster PDF lengkap ada.

TRIP 2024

Dan berita baik buat semua yang RENEW AHLI SHAKLEE, sebab anda berpeluang dibawa ke TRIP ini. Secara PERCUMA

Ya! Shaklee menawarkan banyak peluang untuk dicapai. Antaranya, Anugerah penhgargaan diatas pentas (trofi, mock cheque dan lain lain) , juga bonus kereta dan bonus percutian.

Maka, jangan lupa RENEW KEAHLIAN shaklee anda dengan PERCUMA, dan anda bakal nikmati semua ini.

Jom sama sama dapatkan cash rebate dari Shaklee

Ada banyak lagi yang disediakan oleh shaklee termasuk training, kelas kelas dan poster poster menarik untuk digunakan.

Kelas training 20 May 2023

Insha allah kita boleh jadi lebih baik , selepas belajar. Sebab semua orang disini bermula dengan kosong.

Jom!!! Hubungi saya terus di wasap

NextlevelBlogging

Shakleetriumph2023

shakleethrive2023

SetRahmahShaklee2023

Betul ke dapat CASH REBATE SHAKLEE?

Guna Shaklee boleh dapat cash rebate

Jarang tempat jualan yang memberi cash rebate lebih dari 20% kan! Tapi sebagai pengguna, sudah tentunya kita suka jika dapat cash rebate atau potongan harga. kan!

Ingat lagi ketika awal-awal saya terjebak dalam bisnes , bukannya sebab nak duit. Tapi sebab nak barang percuma. Ketika tu, saya nak beli cloth diapers untuk anak saya. Tapi saya tak ada duit. Akhirnya saya berniaga cloth diapers tu. Saya dapat harga , dan saya tinggikan sikit harga untuk saya dapat sedikit untung, sampai lah saya kumpulkan duit dari jualan tu untuk beli cloth diapers buat anak saya.

Begitu juga dengan bisnes shaklee. Ketika saya mula tahu yang saya memang perlu makan suppliment, sebab HB saya selalu rendah, tekanan darah rendah, saya selalu penat, slip disc, gastrik, menyusu dan teramat letih. Maka, saya perlu ada suppliment sendiri tapi saya nak dapat percuma.​

Rupanya, memang itulah modus operandi bisnes ni. Duit boleh dapat dari Shaklee sendiri untuk kita makan produk shaklee. Jika bisnes cloth diapers tu, saya perlu tinggikan harga jualan, berlainan pula dengan shaklee ni. Di Shaklee, kita tak perlu tinggikan harga jualan pun, tapi tetap kita boleh dapat cash rebate. Itu yang untungnya sebab pelanggan kita untung dapat harga murah, dan kita dalam masa yang sama pun, boleh dapat untung dapat cash rebate dari shaklee.

Kita boleh tentukan sendiri, berapa amaun yang kita suka untuk dapat

Dengan cash rebate ni, kita boleh guna produk shaklee dengan menggunakan duit shaklee sahaja. Tak perlu kita korek duit gaji atau tabung simpanan kita. ​

Lagi banyak cash rebate, lagi berbaloi. Sebab kita boleh buat macam-macam lagi dengan duit yang shaklee bagi. Sebab shaklee bagi cash rebate tu berupa duit cash yang dimasukkan ke dalam bank kita. Haaaa… tahu tahu, dapat duit. Best kan!!

TIDAK PERLU PEGANG STOK

Seperti yang saya sebut diatas. Ini adalah cash rebate tanpa kita membeli stok simpanan dan tanpa perlukan modal apa apa. Hanya apabila kita ada pelanggan yang mendapatkan produk shaklee melalui kita, shaklee akan bagi point yang akan dijadikan cash pada akhir bulan.

Jadi, terpulang kepada kita untuk menetapkan berapakah jumlah cash rebate yang kita perlukan. Semudah itu ​

Sebab itulah, ramai orang boleh dapat cash rebate dari shaklee ni. Kerana, semua peringkat dan golongan boleh buat. Tidak kira mereka itu surirumah mahupun yang sudah bekerja.

PELAJAR GUNA CASH REBATE UNTUK BAYAR YURAN PENGAJIAN

Seperti yang saya maklumkan, cash rebate yang shaklee bagi, tidak tertakluk untuk membeli produk shaklee sahaja. Malah, kita boleh gunakan kemana saja kita perlukan. ​

Sebagai contoh, Erina Nazirah dari sabah ini.

Alhamdulillah. Komitmen kita memang setiap bulan sentiasa ada. Dan jika kita boleh dapat extra duit masuk dari shaklee, insha allah boleh membantu menampung belanja yang diperlukan.​

Seperti ini, beliau dapat RM 300, Insha allah ada bahagian bahagian belanja yang boleh diringankan

REPAIR KERETA

Sarah Hassan menerima bonus Shaklee setiap bulan. Dan ada satu bulan tu, beliau kemalangan dan keretanya kemek. Perlu direpair. Iya, semua kita ni, ada keperluan. Yang mana jika ada lebihan duit , kita lagi lega. Kan!

Semoga yang baik baik datang kepada kita dan keluarga kita. Jangan tunggu lama lama untuk jemput duit masuk dalam akaun kita.

DUIT KIRIMAN BUAT IBU

Seperti sorang ni, Hidayu Hasmi, seorang surirumah tiada gaji dari pekerjaan, tetapi dia dapat cash rebate dari shaklee dan dia bagi duit kepada ibunya di kampung. Semoga bertambah berganda rezekinya nanti. Aminnn

Alhamdulillah. Banyak lagi yang telah dibuat dengan duit rebate yang shaklee bagi dan sediakan ini. Kalau anda juga perlukan extra income begini, jom lah saya guide buat shaklee dan dapat income macam mereka ni.

Jangan lupa wasap je saya ye Nini Nisrin di link ni Wasap

Alhamdulillah, shaklee bayar kos umrah ni l. Percuma saja kita kesana.TRIP VVIP. Bermula dengan dapat cash rebate

NextlevelBlogging

Shakleetriumph2023

shakleethrive2023

SetRahmahShaklee2023

SET HELLO NEW YOU SHAKLEE 2023

Alhamdulillah, Selepas balik dari tanah haram makkah dan Madinah 12 may 2023, terus saya mulakan buat intermittent fasting. Kena tahan godaan dari makan manis dan gandum.
dan hari ni dah hari kedua betul betul buat IF JOURNEY ni.

Pagi tadi, goreng nasi untuk anak. So makan la sikit dalam 1 senduk.

Tengahari tadi pula, tak makan nasi. Just shake ESP je. Dan jam 4 petang, masuk dapur dan buat telur scramble. Bagi perut tak terkejut. Sebab dah lama tinggal IF ni kan.

Jam 6 petang pula, saya makan nasi kukus dgn ayam goreng. Dan minum air chia seed. Sayur tak beli lagi. Abes kat dapur. Malam nanti, kita tak makan dah. Just ulang minum air saja.

Malam- malam kita perbanyakkan zikir 😝

Bila cut sugar ni, kita kena tahu , yang badan kita akan tunjukkan simptom penat. Sebab dia nak kita kesian kat dia . Meraih simpati supaya kita makan juga gula dan tepung. Jangan di kisahkan sangat. Memang dia pandai berdrama.

Kalau lapar gula, kita bukan lapar sebenarnya. Kita tengah craving racun.

Haaaa, minum air bagi kenyang. Letak la lemon ke, chia seed ke. Makan minyak kelapa dara ke. Insha allah, akan ada alas perut yang lebih baik.

Journeyturun5kg dengan set hello new you

Nak hilang berkilo kilo ni, kita nak tampil bertenaga. sangat penting setelah kurus, adalah kita nampak presentable, kacak dan molek.

Kita tidak murung bila nampak lebih tua sebab kulit kendur dan badan menggeleber.

Sebab itu Set Hello New You Shaklee menitikberatkan inch loss / kehilangan inci daripada lemak, tapi mengekalkan otot secara baik.

Ini dikuasakan oleh Leucine yang terdapat dalam Life Shakes & Cinch Protein Shaklee.

Memilih Shaklee untuk pengurusan berat badan kita adalah pilihan yang sangat tepat untuk Sihat, Muda, Ceria dan Lebih bertenaga

Bayangkanlah dulu 68 kilo
Sekarang, orang ingat kita umur 20 tahun 🤣

Walau hakikatnya sudah mencecah hampir 40 tahun dan memiliki 4 orang anak.

Semua anak anak ni geng makan shaklee dari kecik

dan paling best bulan May 2023 ni, masih ada promosi tergolek shaklee untuk set hello new you ini

Rugi tak grab, sebab memang berbaloi murahnya.

Nak baca bab IF? Ni ada saya pernah tulis sebelum ni di link Set Hello New You

NextlevelBlogging

Shakleetriumph2023

shakleethrive2023

SetRahmahShaklee2023

Open House Syawal di Madinah dan Makkah

Alhamdulillah rezeki sambung syawal di Madinah dan Makkah. Hari raya Open house yang teramat amat tak boleh dielakkan. Banyak makanan timur tengah yang menjadi kesukaan setelah kali pertama mencuba. Kunafa’ , sedapnya!!!!

Nasi Arab kambing setiap hari!!!
Kunafa ni di hotel Oberoi. sedapnya memang sampai teringat ingat. Masha Allah. dan sebelah tu Om Ali Oberoi, pun sedap sangat.

Resepi Om Ali tu rupanya bukannya guna biskut. Tapi menggunakan pastry yang dilenyek dan di tambahkan susu , link resepi Om Ali . Kalau rajin, boleh buat. Tapi bila tengok pelbagai renyah tu, rasanya tunggu beli je lah. Haha

Yang kunafa ni pulak ada lapisan tengah dia macam telur tambah susu. Macam inti tart telur tu. Sedap sangat. Tak manis dan memang rasa creamy!! Inilah kunafa sebenar. Tak tahu lah berapa kalori sekeping kunafa ni, duk ulang makan sampai 4 keping sekali hadap darab 2 kali sehari. Haha

Dessert lain pun masha allah. Menggamit gamit untuk ku rasa rasa. Masalahnya, semua sedap!

yang layer cheese tu, masha allahhh!! Sedap!!!
presentation memang A lah kan. Menggami gamit

Ini trip ke makkah dan madinah baru je habis. Berat pun dah tak terbendung lagi. Jadi , memang masanya untuk kembali ke pangkal jalan.

Mulakan kembali IF atau puasa. Supaya kita dapat bantuk lemak lemak dibakar balik. Sayangi jantung kita. Nabi pun tak suka kalau kita tak jaga badan kan.

Di makkah, jalan kaki mencecah 22665 step. Alhamdulillah la kan, makanan tadi dibakar banyak juga lah (sedapkan hati) 🤣
Tak tinggal resv ni sebab ini pembakar lemak utama. Kalau bawa dia je pun tak apa. sebab senang harung semua. Tak perlu bawa banyak banyak.

Cuaca kat sana pun sangat bahang. Kering tekak, kulit dan bibir. Memang perlu tambahkan nutrien dalam badan secepatnya.

Sekarang, dah balik Malaysia. Dah mulakan kembali journey set kurus. Yang pernah berjaya sebelum ni. Tapi biasalah kan, dah pergi trip duduk hotel Oberoi makanan sedap ni, kita enjoi dulu lah. Lepas tu , kita start balik kurus. Senang saja kurus dengan Set Shaklee.

Saya dah pernah buat, jadi, just mulakan kembali saja ❤️
rinduuunyaaaa

Saya ada letak beberapa video di youtube. Boleh jenguk ya

NextlevelBlogging

Shakleetriumph2023

shakleethrive2023

SetRahmahShaklee2023

Insentif Shaklee BONUS 2023

SAYA NAK RUMAH SENDIRI

Dan Alhamdulillah, Allah hadirkan rumah cash tanpa hutang melalui bisnes shaklee.

Jujurnya, saya seorang yang tidak suka kepada hutang. Dari saya kecil, saya dibesarkan oleh ibu tunggal sekadar yang mampu. Rumah dibina kecik saja di tanah nenek, dan kami duduk dirumah tu bersama mak, Mak buat kuih, dan ada pergi ke kedai jahit, ambil upah jahit, tapi menjahit di kedai jahit orang.

Kami pun makan ala kadar saja seharian. Biasanya hanya berkuahkan budu atau kicap saja.

Selepas saya berkahwin, baru saya faham tentang komitmen rumah sewa, kereta dan sebagainya. Sebab waktu saya kecil, mak saya tak ada hutang. Kereta tak ada, motor tak ada. Hanya ada basikal. Elektrik dirumah pun kadang-kadang ada. tapi Kebanyakan masa bergelap juga sebab tak bayar elektrik.

Kalau sekarang ni, mungkin sangat berat jika kita tiada rumah sendiri. Sebab komitmen sewa bukannya sikit, dan risiko orang nak ambil balik rumah pun tetap tinggi. Kita akan hidup dalam keadaan tidak tenang. Asyik risau. Kan?

Jadi, saya meletakkan target, nak ada rumah sendiri yang bukannya rumah hutang. Nak tak nak, memang kena kumpulkan duit tunai.

MACAM MANA NAK DAPAT RUMAH CASH?

Saya anggarkan rumah yang saya nak buat tu dalam RM 200 000. Ini anggaran awal saya saja. Jadinya, saya kena menyimpan. Saya mula buat Shaklee pada tahun 2012. Dan setahun kemudian, pendapatan saya meningkat menghampiri 5 angka sebulan.

Saya dan suami rancang dan meletakkan target untuk menyimpan anggaran RM 3000 sebulan. Alhamdulillah. selepas 36 bulan kemudian , simpanan itu sudah cukup RM 150 000. (Ini hanyalah ilustrasi penceritaan saja, hakikat sebenar bukannya RM 3000 sebulan, kerana amaun sebenar adalah berubah ubah)

Dengan RM 150 000 yang sudah ada, saya terus panggil kontraktor, untuk design rumah dan terus memulakan projek. Maka, projek itu bermula pada hujung tahun 2015.

Namun, rumah itu rupanya hanya siap sehingga dinding, tanpa bumbung kerana jumlah duit sebanyak RM 150 000 memang tidak mencukupi. Dan kami juga hadapi kes tukang rumah buat hal, tukang lari, duit habis, tapi projek perlahan. Jadilah sebagai satu pengalaman buat kami. Maka, anggaran baru kami perlu tambah dalam RM 200 000 lagi.

Tidak dapat tidak, proses mencari duit untuk mencukupkan lagi RM 200 000 itu kembali bermula. Kerana simpanan kami sebelum ni sudah habis. Alhamdulillah, Shaklee banyak insentif shaklee malaysia membantu kita untuk dapat pendapatan.

Antara insentif yang terbaik adalah ‘BONUS KEPIMPINAN’ dan BONUS KERETA. Kedua-dua ini sangat memberi kesan kepada punca pengumpulan kami berjaya. Apakah itu bonus kepimpinan dan bonus kereta?

BONUS KEPIMPINAN, BONUS KERETA

Ramai sebenarnya yang salah anggap dengan shaklee. Mereka merasakan , jika kita berniaga shaklee, ia adalah bisnes yang akan mengkayakan orang atas, serta menindas orang bawah. Itulah kesilapan yang sering dimomokkan oleh orang lain.

Walhal bisnes Shaklee sangat adil dan memberi peluang kepada semua orang untuk naik ke atas tanpa menjatuhkan dan menindas orang lain. Bisnes Shaklee juga boleh dijalankan oleh semua golongan, termasuk yang tiada modal pada awal awal memulakan bisnes. Hanya yuran RM 35 ataupun boleh juga menjadi ahli secara percuma, memang teramat memudahkan semua orang.

Sebagai contoh: Ini adalah downline saya sendiri.

Dari kiri: Marsitah (guru) , Zaimah (guru),
Noriah (Surirumah)

Dalam masa yang sama, saya juga seorang downline kepada upline saya. Dan Alhamdulillah memang banyak dah yang saya terima dari Shaklee asbab Upline saya ajak menyertai bisnes ini. Alhamdulillah

Jika kita tengok kes founder yang menindas ejennya , iaitu HQ nya sendiri turut mempromosikan barang kepada pembeli dengan menurunkan harga yang tak masuk akal, sehingga stokis dan ejennya tidak mampu untuk bertahan kerana mereka ambil stok dengan HQ lebih tinggi harga berbanding harga jualan HQ kepada pembeli. Ini sangat menindas.

Tapi, HQ shaklee bukan begitu. HQ Shaklee hanya menyediakan produk, dan HQ tidak menjual kepada pembeli lain kecuali yang berdaftar ahli sahaja. Setiap ahli Shaklee membeli barang dengan harga yang sama , tidak kira pangkat apa. Dan setiap ahli Shaklee semuanya boleh berusaha untuk dapatkan bonus Shaklee walaupun tanpa mengambil stok barang untuk dibeli dan disimpan.

Lagi ramai yang kita bantu untuk dapat bonus besar dalam Shaklee, lagi banyak shaklee akan bagi penghargaan kepada kita.

Memang teruja sangat, Sebab Shaklee nak kita bantu ramai orang untuk dapat pendapatan.

Contoh bonus kepimpinan seorang leader shaklee.

KEGUNAAN BONUS SHAKLEE

Apabila kita mempunyai pendapatan yang lebih, maka berbagai perkara lain kita boleh selesaikan, dengan izin Allah. Seperti seorang downline saya, dia bina pagar rumah menggunakan duit bonus shaklee sahaja.

Ada leader kami yang gunakan duit bonus untuk bayar PTPTN sehingga selesai

Ada juga yang buat simpanan public gold guna bonus shaklee.

fb: Erina Nazirah (Sabah)

Dan kegunaan bonus shaklee juga digunakan sewaktu raya, bayar pengasuh anak, simpanan SSPN anak anak, balik kampung, bayar medical card, beri hadiah untuk ibu bapa, bayar yuran sekolah anak, tuisyen, bercuti, beli barang kemas, dan sebagainya.

Ia, duit bukan segalanya, cuma setiap nilai kebiasaannya datang bersama komitmen duit. Sebagai contoh untuk balik kampung dengan pantas naik flight, juga kena ada duit extra yang banyak supaya tak terjejas pendapatan hakiki kita.

Shaklee juga menawarkan UMRAH TRIP PERCUMA

Shaklee beri semua ni percuma.

Trip percuma merangkumi, tiket pergi dan balik, makanan, penginapan hotel vip, train madinah ke mekah, kain ihram, telekung, luggage.

Dan kita boleh bawa bersama sama, suami, isteri, anak, ibu ayah. Jadi kita boleh pergi umrah dengan tajaan shaklee. Alhamdulillah.

Insha allah tarikh nya 4 mei hingga 11 mei 2023.

Itu sahaja dulu untuk kali ini. Moga bermanfaat buat anda. Jika ada yang berminat untuk buat shaklee bersama sama saya, hanya klik link wasap ini ya

NAK BUAT SHAKLEE

Homestay ni pun muncul dengan bonus shaklee. Siapa yang datang kota bharu, boleh la menginap. Homestay Kota Bharu. Fully Aircond.

Hari raya 2023 kebas tangan

Aidilfitri 2023 sudah tiba. Sebulan berpuasa kali ini terasa pantas. Dan sangat mencabar juga dengan suhu yang agak tinggi. Tapi kita doakan segala amalan baik kita digandakan pahalanya oleh Allah subhanahuwataala.

Menu raya aidilfitri, Mee Teng. (abaikan cermin meja pecah)
sekeluarga bergambar bersama moyang anak anak. (Nenek saya)

Biasanya bila raya ni, kita memang akan banyak makan. Sebab open house sana sini kan. Rumah A, masa nasi arab, Rumah B masak rendang, Rumah c Ketupat , lemang, nasi impit dan macam macam lagi.

Beberapa hari selepas raya, mula ada yang kena angin kus kus, sakit urat, demam radang dan sebagainya. Puncanya adalah kerana makan pelbagai benda dalam sehari. Perut kita tak tahan dan akibatnya diri sendiri yang menanggung.

Tidak ketinggalan juga jarum dan angka penimbang makin menaik. Ini petanda kita membela lemak lebih, minum air manis banyak, kuih kuih manis manis juga antara penyebab kenaikan berat badan.

Masalahnya, nak turun balik tu, bila?

Jadi, nasihat saya, jangan tunggu berangka angka naik lagi. Sekarang kena usaha dah turunkan.

Untuk journey kurus saya, boleh baca disini juga. KURUS BERJAYA

NAK KURUS ATAU NAK SIHAT?

Ada orang, dia memang dah sedia kurus, tetapi, kurus bukan jaminan kita kekal sihat. Kebanyakan orang yang kurus, bacaan kolestrolnya agak tinggi. Tangan mula kebas kebas. Walaupun kurus, kita akan selalu pening, sebab kita tidak tahu kekurangan nutrien kita sendiri. Sebab kita rasa, kita kurus itu bermakna kita cukup nutrisi. Itu silap.

Ramai je orang kurus yang ada tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, migrain, gout, sakit sendi, kencing manis, dan lain lain.

Jadi, suppliment untuk anda yang kurus amalkan supaya kolestrol tidak tinggi/ kekal di tahap yang normal adalah minyak ikan omega guard. Ini adalah suppliment basic bagi kita semua amalkan tidak kira sakit atau tidak sakit, samada tua atau muda mahupun kanak kanak.

Pakcik ni tidak gemuk, tapi dia ada sakit sendi. Dia ambil oste dan omega

dan buat ibu ibu yang hamil pun, digalakkan mengambil omega 3 ini.

Untuk lelaki pulak, omega sangat bagus juga.

KEBAS TANGAN SELEPAS RAYA

Ramai yang bercerita hal yang sama. Iaitu tangan tangan kebas. Jadi ini adalah bantuan buat anda yang selalu kebas tangan

Saya nak share kelebihan set kebas Shaklee yang dapat membantu anda semua.

B-COMPLEX
▫️Kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12.
▫️Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12.
▫️B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap.

OMEGA GUARD
▫️Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf.
▫️Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah.
▫️Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

OSTEMATRIX
▫️Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
▫️Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.

Selain daripada itu gabungan set ini ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik.

Hari raya dengan shaklee, insha allah kita lebih sihat.

Berminat untuk dapatkan set kebas, boleh klik link saya
📲www.wassap.my/60145068306/setkebasraya

Cepat Kurus bahaya

KURUS BAHAYA

Pernah dengar tak ayat ni? Orang yang makan banyak tetapi kurus lebih bahaya daripada orang yang gemuk yang makan banyak.

Tahu tak sebab apa jadi macam tu?

Secara mudahnya, Orang obes memang ada masalah insulin resistant. Iaitu satu keadaan, dimana badan kita memproses glukos/gula menjadi lemak. Dan lemak itu disimpan kerana tidak digunakan menjadi tenaga. Tetapi orang yang kurus pulak kebanyakannya juga ada penyakit TOFI. “Thin outside, fat inside”. Penyakit ini menyimpan lemak dalam organ dan bukannya pada lapisan kulit. Organ orang yang kurus akan lebih cepat rosak berbanding orang yang obese. – drjue

Kesimpulannya: Kurus bukan alasan untuk tidak menjaga pemakanan.

Ramai orang yang kurus merasa tenang sejahtera sebab dia kurus. Dan dia merasakan itu adalah tiket untuk dia makan dan minum sewenang wenangnya. KAdangkala ayat dikeluarkan “makan manis dan makan banyak pun, tetap kurus” itu sebenarnya bahaya. Sebab kita tak nampak signal dalaman tu macam mana.

Adakah satu kekaguman apabila ada orang yang “Hilang 10KG dalam sebulan” atau “Kurus dalam beberapa minggu”. Nak kurus dengan cepat

Sebenarnya kan, lagi cepat turun berat, memang lagi bahaya.

Ada person yang saya guide untuk buat plan penurunan berat badan ni, asyik stress dengan timbangan dia. Dan penat saya terangkan, jangan bertumpu pada angka berat tu. Kita kena fokus pada pemakanan dan sugar cut secara teratur dan tidak terlalu mendesak.

Pernah dengar pertandingan “The Biggest Loser?” Ramai yang hilang berat berkilo-kilo, tapi selepas selesai pertandingan , mereka pakat naik balik berat badan beramai-ramai. Ini berlaku kerana pendekatan yang terlalu extreme yang dilakukan dalam waktu yang singkat. Bayangkan dari selalu makan banyak tiba-tiba mereka kena kawal jumlah makanan secara mendadak. Dan buat senaman macam askar. Badan tak mampu untuk sesuaikan diri dengan aktiviti yang tidak biasa dilakukan sebelum ni. Sebab itulah ia cepat turun mendadak. Tapi, bila badan dah biasa, maka akan jadilah ‘plateu’ Iaitu berat statik walaupun senaman gaya tertiarap dah.

Ingat kembali pada masa kalian cut sugar dan nasi, berpuasa hari-hari tanpa sahur, bersenam extreme setiap hari, memang berat badan akan turun dengan laju, tapi tak lama kemudian berat plateau dan craving mula menjelma. Makanan seolah-seolah boleh berkata-kata dan menyeru untuk dimakan. Ini dipanggil simptom withdrawal, dan jika tak dikawal, tak mustahil untuk makan seakan tak ingat dunia dan berat badan kembali meningkat.

Sebenarnya, setiap matlamat nak kurus tu perlu kita waspada. Kurus bukan untuk sebulan dua. Tapi, kita nak bina kekal kurus dan sihat sampai bila bila. Laju laju berlumba, kita nak pergi mana sebenarnya?

Saya sendiri pun, ambil masa setahun setengah untuk mula turun sampai 13 kilo. Sebulan tu, biasanya turun dalam 1-2kg saja. Dan sehingga hari ini, saya masih fokus untuk turunkan lemak sebab walaupun berat turun, lemak tak semestinya ikut turun. Sebab itulah, kita kena buat check up setiap 6 bulan supaya kita boleh nampak kesannya.

UNTUK ORANG KURUS SIHAT

Ramai betul takut nak kurus atau nak maintain kurus yang sihat dengan guna suppliment ye. Sebab ramai lagi yang belum memahami apakah fungsi dan kerja suppliment organik macam shaklee ni membantu dalaman badan kita samada untuk orang yang nak kurus mahupun yang dah kurus.

Sebenarnya suppliment ini memang perlu kita guna walaupun kita kurus, apatah lagi kalau kita belum kurus lagi .

Omega Guard

Omega guard bukan hanya bekerja untuk membakar lemak orang-orang yang tak kurus sahaja, tapi ia sangat membantu orang yang kurus untuk jaga dan maintain kurus dan stabilkan paras kolestrol dan aliran darah. Sebab ada sahaja orang yang kurus, tetapi, tahap kolestrol dia sangat tinggi, malahan juga menghidap darah tinggi dan kencing manis. JAdi, oleh sebab itulah, suppliment minyak ikan omega guard ini sangat penting untuk diamalkan setiap hari oleh kita semua. Sebab, bahaya sangat jika tryglycride itu mendap di sekeliling salur darah dan boleh membawa kepada risiko strok.

Energy Soy Protein
Energy soy protein ini pulak, menyediakan keperluan asid amino yang amat diperlukan oleh badan kita. Dan sangat membantu untuk menurunkan dan menstabilkan paras kolestrol dalam darah.

Alfalfa dan herbalax
Alfalfa dan herbalax ini adalah ejen lawas untok nyahtoksin. Sebab, kita ni manusia. Walaupun kurus atau tidak kurus, kita tetap hidupan yang sentiasa makan. Jadi, usus dan darah kita sentiasa bertoksin. Kita amalkan ini untuk menyahtoksin supaya terhindar dari masalah usus, seperti angin kus kus, sembelit, kanser usus, ulser usus dan sebagainya.

Herbalax ni sangat bagus kerana ia terdiri daripada 7 jenis herba terpilih termasuk daun senna. Ia juga sangat bagus kepada mereka yang selalu migrain, stress dan masuk angin



Kesimpulannya:

Memang posting ni untuk mengingatkan kita kita suspaya kurus cepat itu bahaya, tapi, jangan kita lupa pada angka berat badan kita tu ya. Kalau tinggi sangat tu, rasanya bolehlah cepat bertindak. Jangan pula kita seronok dengan berat yang berlebihan. Sebab ramai yang datang luahkan pada saya, kesan apabila berat badan berlebihan ni, mereka rasa cepat mengah, sakit lutut, nak cari baju pun susah, bergambar pun kena sorok menyorok.

Ya! Kurus tak wajib. Tak apa je tak nak kurus.

Cumanya, kesian lah pada lutut dan jantung kita . Penat diorang nak menanggung.

Ni link result saya kurus. https://www.facebook.com/reel/725254519247045

Salah satu lagi cara boleh buat untuk kurus

Alhamdulillah hari ni dah masuk 20 Ramadhan , pada 11 April 2023. Sekejap je kan, dah nak habis Ramadhan. Last last ni, kita pertingkatkan lagi amalan kita, supaya kita tak rasa menyesal sebab melepaskan Ramadhan pergi dengan membawa uncang amalan yang kempis. Cara untuk gandakan amalan paling mudah adalah dengan “menjaga dan selalu berniat setiap kali kita melakukan kerja”. Sebab, setiap amalan tu dibezakan adat dan ibadahnya kerana niat. Jika kita niat makanya, ia akan jadi ibadah. Jika hanya kebiasaan , makanya ia hanyalah rutin dan adat.

Contohnya:

Bagi duit sekolah pada anak. Rutin

Niatkan sebagai sedekah- ibadah

Contoh lagi : Makan nasi – rutin

Niatkan makan untuk sihat dan untuk bertenaga supaya boleh buat kerja kerana Allah – ibadah

Bekerja juga ibadah jika kita niat lillaahitaala.

Berniaga juga ibadah, jika kita niatkan kerana Allah.

Insha allah, rutinkan diri untuk berniat setiap masa. Semoga dengan cara ini, kita boleh bantu uncang amalan kita penuh terisi. Insha allah.

Terima kasih semua.

NextlevelBlogging

Shakleetriumph2023

shakleethrive2023

BisnesOnlineTerbaikMalaysia

Bisnes Online Terbaik 2023 – Shaklee

Dalam dunia, menyaksikan industri bisnes yang ada berkembang, namun ada juga bisnes yang makin jatuh. Begitulah dunia bisnes. Orang memilih untuk menerima, dan jika sesuatu bisnes itu sudah sampai tahap patut berundur, maka perlahan lahan, bisnes itu akan mula menghilang.

Sebagai contoh: Surat Khabar, majalah, industri buku, sudah sangat terjejas. Penulis buku sudah mula mencari arah lain seperti Ebook, atau melibatkan diri dalam industri ‘training atau motivation”

Antara bisnes yang sudah ditelan zaman juga seperti ‘kodak filem untuk gambar, CD kaset, dan juga pendrive”.

Ternyata , setiap manusia ada keperluan yang sama, dan kehendak yang berbeza. Maka, ada penawaran perniagaan yang berasaskan produk keperluan, dan ada juga syarikat yang menawarkan perniagaan berdasarkan produk kehendak. Itu terpulang kepada syarikat tersebut untuk menentukan produk segment mereka.

Bagi Shaklee, dari dulu lagi, Shaklee bermotifkan 5 segmen utama yang tidak akan musnah. Iaitu

  • Health Wellness
  • Green (semulajadi, organik)
  • Home based
  • Beauty
  • Nutrition

Shaklee meliputi semua 5 segmen terbesar dan terkuat ini.

  1. Shaklee peneraju bisnes fleksibel, homebased atau work from home.

Seawal tahun 1956, bisnes shaklee telah dicipta secara sah dan berdaftar. Doktor Forest C Shaklee, iaitu pengasas company Shaklee ini telah mencipta satu perniagaan yang boleh dilaksanakan dimana- mana pun walaupun hanya dari rumah, BISNES ONLINE atau ketika sedang bercuti, ketika balik kampung, ketika jalan-jalan di pusat membeli belah, selepas program keramaian atau selepas solat dimasjid.

Ia sangat mudah dan menjimatkan, malahan bisnes sebegini mampu membantu individu yang menghadapi kekangan untuk keluar bekerja kerana menjaga ibu yang sakit, ada anak yang istimewa dan perlu penjagaan rapi, ataupun kerana keadaan lokaliti yang tidak mengizinkan. Mungkin suami dan isteri dalam sesebuah keluarga sudah memutuskan untuk si isteri tidak bekerja dan fokus kepada anak-anak.

Betul, sekarang kos hidup sangat tinggi. Jika ibu bapa memiliki lebih dari dua orang anak yang bersekolah, maka sudah tentu sangat tinggi kosnya jika ibu bapa perlu membayar khidmat van sekolah. Kerana setiap sesi persekolaha harian kadang-kadang pagi, petang dan ada juga malam. Mungkin juga ada anak yang aktif bersukan di hari minggu atau tuisyen yang memerlukan hantar dan ambil setiap pagi, petang atau malam.

Dalam masa yang sama, keluarga tersebut masih memerlukan pendapatan yang lebih kerana faktor faktor persediaan kesihatan, pelajaran, simpanan, kecemasan, maintance kereta dan rumah dan lain-lain.

Tahun 1956 itu, Malaysia masih dalam fasa menuntut kemerdekaan, dan ketika itu masih belum ada sokongan perniagaan semudah ini. Tapi shaklee sudah membina struktur perniagaan yang berasaskan Perniagaan fleksible ini yang cemerlang. Walau hanya di rumah, tapi perniagaan ini tetap boleh berkembang laju sebab ia berunsurkan “cawangan mudah berkembang” ditambah dengan sokongan perniagaan TANPA MODAL.

Ia bukan sekadar dilaksanakan oleh surirumah sahaja, malahan ramai juga individu yang sudah bekerja tetapi mereka mahukan pendapatan tambahan juga menjalankan perniagaan ini, dan lebih menakjubkan pendapatan sampingan mereka ini melebihi pendapatan dari kerja hakiki mereka. Hanya mereka laksanakan dari rumah selepas balik dari kerja.

2. Shaklee – Perniagaan produk nutrisi pertama dunia

Pada tahun 1925, Doktor Shaklee sudah mencipta satu bahan makanan tambahan berasaskan herba yang dinamakan vitalized mineral. Doktor Shaklee mencipta produk tersebut sebagai langkah usaha untuk memusnahkan kanser yang dihidapi oleh beliau kerana terdedah radiasi sewaktu menjalankan sinar Xray kepada pesakitnya.

Vitalized mineral adalah suppliment nutrition organik pertama dunia yang digunakan oleh pengasas Shaklee , dan akhirnya beliau sembuh dari kanser.

Sehingga sekarang bermakna sudah lebih 100 tahun Shaklee di dunia. Dan makin berkembang sehingga ke generasi baru menggunakan Shaklee. Bukan hanya yang pertama, malahan produk ini sangat inovati untuk dipelopori oleh saintis yang mengeluarkan banyak jurnal kajian di medan akademik.

Gambar suami saya di Innovation Center California USA

Kerana inilah, Shaklee menerima anugerah Trusted Brand.

3. Shaklee – memasuki segmen kecantikan.

Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Dan segmen kecantikan adalah salah satu gerbang yang sangat besar. Kerana itu jugalah muncul produk-produk viral, timbang kilo yang berbahaya tetapi amat laris, kerana wanita memang ingin kepada kecantikan.

Shaklee menghadirkan produk organik mesra untuk kecantikan kulit yang sihat dan selamat. Terbukti kajian dan sudah dipatenkan sebagai bukti terbaiknya bahan yang digunakan oleh shaklee. Wanita amat penting untuk kemandirian manusia. Jadi, wanita perlu sangat sihat , cantik dan bertenaga.

4. Shaklee – Organik, Green, Semulajadi

Ini adalah trademark yang sangat dikenali ramai. Shaklee ini menfokuskan kepada produk semulajadi dan organik serta sangat menyumbang kepada perancangan mempertahankan bumi hijau. Shaklee berusaha juga untuk menjadi ajen menyelamatkan bumi dari pencemaran chemical berbahaya. Oleh sebab itu, shaklee mencipta plastik, botol, dan bahan kajian produk yang mesra alam, tidak bertoksid dan mencemarkan alam.

Istilah biodegradable adalah pertama dalam dunia diperkenalkan oleh Shaklee melalui cecair pencuci Basic H, iaitu pada tahun 1956. Ia sangat mesra alam kerana diperbuat dari kelapa dan tidak berbahaya. Krim serbaguna shaklee pun mesra dengan bahan dari ekstak tumbuh-tumbuhan

Jadi, shaklee memang antara peneraju 5 gerbang bisnes ini. Semua sekali ada di dalam shaklee.

5. Shaklee- Segmen Health & wellness

Dunia memang sangat menekankan segmen ini. Jika tahun 2022 sehingga tahun 2023, Malaysia diserang dengan aktiviti sihat seperti intermittent fasting dan senaman serta pelbagai nama diet untuk kurus dan sihat.

Shaklee tidak terketepi dalam dipilih oleh mereka untuk sihat dan cergas. Kerana segmen ini adalah segmen utama shaklee. Iaitu mempelopori minuman protein yang organik, Non-Gmo, tiada gluten dan pengawet tambahan. Minuman begini sangat popular dalam masyarakat malaysia.

Malaysia antara negara yang tinggi peratus penyakit kencing manis. Jadi, sememangnya, ramai orang muda sekarang mahu mengubah menjadi lebih baik dengan menerima baik Shaklee sebagai syarikat yang menawarkan bisnes dan produk berdasarkan kesihatan.

Dengan sebab itulah, ramai yang menjebakkan diri dalam perniagaan shaklee juga, kerana dengan kesihatan yang diperlukan, mereke boleh menerima pendapatan dari shaklee untuk meneruskan menggunakan produk terbaik dunia.

Shaklee menawakan pendapatan yang sangat menarik. Dan sudah ramai yang sudah membina kerjaya dan kesihatan serta kesejahteraan keaktifan bersama komuniti dan sihat mental, kerana menerima kesan dari matlamat dan objektif syarikat shaklee sendiri.

Segmen yang lifetime sangat perlu dititikberatkan supaya, bisnes ini tidak hilang dimakan masa. Sehingga tahun 2023, makin ramai anak anak generasi baru mengenali shaklee dan menggunakan produk ini. Maka, ianya akan berlangsung lagi lifetime selagi ada generasi baru yang menggunakannya.

NextlevelBlogging

Shakleetriumph2023

shakleethrive2023

BisnesOnlineTerbaikMalaysia

KULIT BERJERAWAT DI USIA 20-an

Pernah tak anda terbayangkan seorang pelayan kedai datang ke meja kita dan menawarkan menu dengan kulit wajahnya yang berjerawat , bernanah atau berminyak teruk? Rasanya anda pasti kurang berselera untuk meneruskan makan.

Pernah tak anda melalui situasi pergi ke pejabat kerajaan, dan staf barisan hadapan berdepan dengan anda dengan wajah yang breakout? Rasanya beliau sangat kurang selesa untuk berdepan dengan orang yang selalu datang berurusan. Mungkin juga tahap konfiden beliau sangat rendah dan mungkin juga sangat stress untuk ke tempat kerja setiap hari.

Seorang guru yang mengajar, juga akan tertekan jika kulit wajahnya sangat tidak sihat.

Peniaga yang COD makanan juga akan kurang mendapat tempat untuk menjadi seller pilihan jika kulit terlalu tidak sihat. Walaupun ia tidak menjejaskan rasa sesuatu makanan yang dijual, namun, akan ada ketidak selesaan disitu.

KENAPA KULIT BERJERAWAT?

Setiap peringkat umur akan melalui masalah kulit yang berbeza beza.

Anda yang berumur 20-an biasanya mengalami masalah Kulit berminyak dan berjerawat yang lebih berbanding remaja belasan tahun. Di umurn ini, jerawat bukan bercirikan jerawat pasir seperti anda remaja dulu.Kebiasaannya di umur ini, kehadiran jerawat bernanah yang berleluasa adalah akibat stress. Mungkin kerana di umur ini, kita sedang memulai kehidupan kita sendiri.

Permulaan hidup yang agak sibuk, dan kita baru saja mulai melalui sesuatu yang baru , bertemu orang orang yang pelbagai watak di tempat kerja, semangat kerja yang lebih , membuat kerja lebih masa dan kurang memikirkan diet pemakanan yang baik.

CARA MENGATASI KULIT BERJERAWAT DI UMUR 20-an dan 30-an

1 Kurangkan penggunaan pencuci muka yang berph tinggi dan tidak organik.

Kerana, kulit kita stress jika kita kerap menggunakan bahan-bahan yang tidak mesra kulit, ataupun sejenis yang memaksa kulit. Maka, kulit yang stress akan menimbulkan masalah. Dan kita sendiri yang kena menghadapi hal kulit bermasalah itu. Jadi, saranannya, carilah perawatan wajah yang organik.

2. Menambahkan nutrien yang diperlukan kulit dalam diet harian.

Iaitu dengan menggunakan minum protein yang kaya asid amino, dan juga menggunakan vitamin kulit iaitu vitamin c sebagai pembentuk blok kolagen dan imuniti kulit. Kulit akan lebih bertumbuh dengan baik dan segar.

TESTIMONI SHAKLEE KULIT

Ini testimoni shaklee kulit cantik latest yang diterima pada April 2023. Adik ini menggunakan Vitamin c dan Esp untuk kulitnya yang berjerawat. Sekarang sudah sangat konfiden untuk berdepan dengan orang lain

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2023.

Harga yang sangat murah DISKAUN 65% rugi untuk anda lepaskan.

Segera wasap saya ya Nini

http://www.wasap.my/60145068306/shakleekulitrahmah

#NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

BEST BISNES 2023 | Shaklee | Fun Day mac 2023

Alhamdulillah, tahun 2023 sudah sampai ke Bulan Mac. Bermakna, anak sulung saya pun dah cukup umur 12 tahun. Lajunya masa bergerak. Sebab masih segar di ingatan kelahiran dia dulu penuh komplikasi. Bleeding (Tumpah darah selepas bersalin (Postpartum Hemorrhage – PPH) – Memang ngeri jika diimbau kembali.

Asbab kelahiran anak sulung inilah, saya mula terjebak dengan suppliment Shaklee. Dalam fikiran saya, saya masih mahu ada anak kedua ketiga dan selepasnya. Jadi, ibu kena sihat. Maka, bermula lah episod saya guna produk shaklee sehingga sekarang. Hampir 12 tahun , alhamdulillah. Dan anak pun sudah masuk 4 orang.

BISNES SHAKLEE 2023

Sejak bermula kenal produk shaklee pada tahun 2011 hingga sekarang , saya masih gunakan produk shaklee. Dan juga dalam masa yang sama menjalankan bisnes shaklee.

KENAPA SAYA BISNES SHAKLEE

1) Sebab shaklee tanpa modal

– Saya ketika tahun 2011 dulu, tidak bekerja. Surirumah sepenuh masa dan ada masalah kesihatan. Maka, saya mencari suppliment untuk sihat dan terjumpalah peluang shaklee ni. Boleh guna bonus shaklee untuk dapat beli Produk shaklee dengan duit yang shaklee bagi.

2) Bonus yang tinggi , tanpa modal dan boleh berkembang tanpa sekatan, memang sangat menarik untuk saya.

Andaikan sebelum ni, semua guna gaji suami dan tidak sempat menyimpan, kali ini, dengan ada bonus shaklee, kami mampu menyimpan juga. Alhamdulillah
Percent bonus yang besar

3) Company support program

Shaklee sangat support kita semua sebagai ejen untuk sediakan program termasuk program Fun Day yang baru diadakan sebelum ramadhan 2023 baru baru ini.

Banyak hadiah dan harga rendah pada hari ini
Pembelian dapat hadiah hadiah percuma

Alhamdulillah, tak terkecuali la my encik suami pun pergi terjah sama untuk beratur beli barang. Tapi gambarnya cenggini je. haha

ni lah yang kami order. total RM 4500. Semua orang punya dah.

So itu lah, bukan fun day je shaklee buat. Banyakkkk

Best program shaklee ni